Supercell ID ialah satu-satunya cara yang menyokong permainan berbilang akaun pada peranti yang sama.
Menghubungkan berbilang akaun permainan ke Supercell ID
Apabila mencipta Supercell ID untuk semua akaun anda, jangan lupa menandakan kotak "Ingati saya pada peranti ini" dan anda akan dapat menukar di antara akaun dengan mudah sekali. Dengan berbuat demikian, anda tidak perlulah memasukkan kod pengesahan setiap kali log masuk.
Berikut ialah langkah-langkah untuk menghubungkan Supercell ID ke semua akaun permainan anda.
Untuk menyambungkan akaun pertama anda ke Supercell ID:
- Konfigurasi peranti anda dengan akaun Google atau Game Center yang betul.
- Buka permainan itu. Akaun yang dikaitkan dengan akaun Google atau Game Center akan dimuatkan.
- Buka Tetapan dan ketik butang di bawah tajuk “Supercell ID”. Kemudian pilih “Daftar Baharu”.
Ikut arahan di skrin anda. Sila ambil perhatian bahawa hanya kod terkini yang dihantar kepada anda akan berfungsi. (Ketik sini untuk bantuan lanjut)
Selepas Supercell ID anda yang pertama dicipta:
- Konfigurasi peranti anda dengan akaun Google atau Game Center yang betul untuk akaun permainan kedua anda.
- Buka permainan itu. Akaun yang baru anda kaitkan ke Supercell ID anda akan dimuat. Pergi ke tetapan, ketik butang di bawah “Supercell ID”, dan kemudian ketik “Log keluar” dalam pilihan Supercell ID.
- Permainan akan dimulakan semula dan anda akan nampak menu dalam skrin yang dimuatkan. Ketik “Main tanpa Supercell ID”. Akaun dari akaun Google atau Game Center anda akan dimuatkan.
- Sekarang, cipta juga Supercell ID untuk akaun ini.
Ulangi langkah-langkah ini untuk semua akaun anda dan pastikan anda menandakan kotak "Ingati saya pada peranti ini"! Ingat juga yang setiap kali anda meminta kod, hanya kod terkini yang dihantar kepada anda akan berfungsi.
Menggunakan Berbilang Supercell ID pada Satu Peranti
Jika anda telah mempunyai beberapa Supercell ID disambungkan ke akaun permainan anda, maka mudah saja untuk simpankannya pada peranti baharu anda:
- Buka Tetapan
- Ketik “Dinyahsambungkan” dan kemudian itu “Log masuk” untuk log masuk dengan Supercell ID anda yang pertama.
- Kemudian, masuk ke Tetapan sekali lagi dan ketik pada ‘Disambungkan”. Kali ini, pilih “Log Keluar” dalam pilihan Supercell ID.
- Sekarang, dalam skrin tajuk permainan, pilih “Log masuk dengan Supercell ID”. Pilih “Log masuk dengan ID lain”. Kemudian, masukkan Supercell ID anda yang seterusnya.
Mengulangi langkah-langkah ini sehingga anda telah menyimpan semua Supercell ID anda dalam ingatan peranti anda.
Sila ambil perhatian bahawa hanya kod terkini yang dihantar kepada anda akan berfungsi.
Ingat ya, pada peranti Android, menyahpasang aplikasi ini akan memadamkan semua Supercell ID yang disimpan. Pada peranti iOS, hanya set semula peranti akan memadamkan maklumat log masuk. Jika ini berlaku, mengulangi sahaja langkah-langkah di atas.