Kadangkala, terasa seronok untuk bermula semula. Untuk memulakan permainan baharu sepenuhnya, anda perlu menyambungkan permainan semasa anda ke Supercell ID terlebih dahulu jika belum berbuat demikian, supaya anda tidak kehilangan semua kemajuan permainan sekiranya anda ingin kembali pada masa hadapan.
Untuk menyambung, buka Tetapan dalam permainan dan ketik ‘Sambungkan’ di bawah tajuk Supercell ID. Ikut arahan pada skrin.
Selepas ini, anda boleh memulakan permainan baharu:
Buka Tetapan dalam permainan.
Buka menu Supercell ID.
Ketik roda gear untuk mengakses Tetapan Supercell ID.
Ketik ‘Log keluar’ dalam pilihan Supercell ID.
Sekarang, di skrin tajuk permainan, pilih ‘Main tanpa Supercell ID’.
Selesai!
Kini anda juga harus mencipta Supercell ID untuk akaun baharu anda. Ini akan memudahkan anda bertukar-tukar antara dua akaun dan melindungi akaun anda.