Klan menawarkan peluang untuk bekerjasama dalam pertempuran! Cipta atau sertai klan dari tab klan.
Mencipta Kelab
Jika anda ingin memiliki klan impian anda, satu-satu caranya ialah mencipta klan anda sendiri. Klan ‘Cipta Baharu’ di tab klan untuk bermula!
Menetapkan nama klan, trofi minimum dan jenis klan di menu ciptaan klan.
Menamakan Klan Anda
Nama klan ialah salah satu benda pertama yang pemain nampak, jadi pastikan anda memilih nama yang sepadan dengan klan anda! Pilih nama dengan teliti kerana nama tidak boleh ditukar selepas klan dicipta.
Untuk memastikan keselamatan pemain kami, kami telah menetapkan peraturan dalam menamakan nama klan anda. Nama klan tidak patut mengandungi perkara berikut:
Kandungan yang tidak sopan, menyinggung perasaan atau mengandungi unsur politik
Maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, alamat, dll.
Panjang nama mestilah 2-15 aksara.
Kami tidak mengesyorkan penggunaan emoji dan aksara khas (seperti &, % dan $), serta aksara bukan abjad latin dalam nama anda kerana ini mungkin tidak akan ditunjukkan dengan betul dalam permainan, malah mungkin menyebabkan nama anda tidak dapat dilihat oleh pemain lain.
Pilihan Penciptaan Klan
| Pilihan | Perihalan |
|---|---|
| Lencana Klan | Pilih daripada satu senarai praset lencana klan untuk menemukan lencana yang sesuai dengan anda dan ahli anda! |
| Perihalan | Di sini anda boleh menerangkan visi anda untuk klan ini. |
| Jenis - Buka | Sesiapa yang menemui klan anda dan memenuhi syarat boleh sertai. |
| Jenis - Jemput sahaja | Pemain mesti menghantar permintaan untuk menyertai klan. |
| Jenis - Tutup | Hanya pemain yang menerima jemputan boleh menyertai klan anda. |
| Trofi yang diperlukan | Tetapkan bilangan trofi minimum diperlukan untuk menyertai klan. |
| Mesra Keluarga | Dalam klan mesra keluarga, ruang bual mempunyai penapis tambahan untuk membenarkan pemain muda menyertai. Jika anda memutuskan untuk cipta klan mesra keluarga, ia tidak boleh lagi ditukar kepada klan standard kemudian. |
Menyertai Klan
Pencarian Klan
Anda boleh mencari klan berdasarkan nama, tag klan atau menggunakan penapis.
Ketua Klan bebas menetapkan Lokasi Klan, tetapi selalunya mewakili tempat berasalnya kebanyakan ahli klan.
Mata minimum klan ialah tanda keaktifan ahli-ahli dalam pertempuran 1v1 kerana ia dikira berdasarkan trofi mereka. Lagi tinggi mata klan, lagi mahir ahli-ahli dalam klan itu.
Trofi perang minimum menunjukkan jumlah trofi yang dikumpul oleh klan melalui Perang Klan.
Tidak dapat cari klan tertentu?
Jika anda tidak dapat menemui klan yang anda mencari-carikan dengan carian biasa, cuba fungsi carian lanjutan untuk mengehadkan hasil carian mengikut saiz klan, mata klan dan butiran lain.
Kami juga telah menambah tag klan bagi mencari dengan ketepatan yang lebih baik. Setiap klan mempunyai tag klan yang unik dan mudah dicari, ia boleh ditemui pada halaman profil klan. Gunakan tag klan ini untuk mencari dan anda akan sentiasa menemui perkara yang anda cari.
Pengetahuan Berguna
Kami berhak menukar nama yang tidak sesuai mengikut budi bicara kami. Jika nama klan anda ditukarkan kepada nama lalai oleh pasukan moderator kami, ia tidak boleh ditukar balik.