Ganjaran Perang
Pada penghujung setiap Minggu Perang Klan, atau jika klan anda melepasi garisan penamat sebelum minggu itu berakhir, semua ahli klan yang menyertai Minggu Perang akan mendapat Peti Perang Sungai.
Peti Perang Sungai mengandungi emas dan kad, bergantung pada liga klan anda.
But
Jika klan anda tidak memenuhi keperluan minimum dek yang dimainkan (80), anda akan mendapat... but!
Walaupun kedengaran teruk, but sebenarnya mengandungi emas dan kad juga, cuma lebih sedikit berbanding Peti Perang Sungai.
Ganjaran Colosseum
Tidak kira anda menang atau kalah dalam pertempuran Colosseum, anda akan diberi ganjaran emas!
Jumlah yang anda terima bergantung kepada liga klan anda, dan sudah tentu pada keputusan pertempuran anda.
Sebaik sahaja Pertempuran Colosseum tamat, dengan itu Perang Klan turut berakhir. Klan anda akan menerima Peti Perang serta memenangi/kehilangan trofi klan berdasarkan kedudukan akhir anda pada minggu Colosseum!