Mulakan Pelayaran Klan! Bekerjasama dengan klan anda untuk mengumpul mahkota dan memperoleh ganjaran seperti peti, Peti Bertuah, dan banyak lagi dalam acara pencapaian terhad masa ini.
Peraturan Pelayaran
Dalam Pelayaran Klan, ahli klan perlu mengumpul sebanyak mungkin mahkota dalam pertempuran untuk mara melalui trek ganjaran bersama. Semua kemajuan terikat kepada klan anda. Ini bermakna anda hanya boleh menyertai jika anda berada dalam klan apabila acara bermula. Jika ahli klan keluar atau disingkirkan, mereka tidak akan dapat menerima ganjaran atau menyertai acara, tetapi sumbangan Mahkota mereka akan kekal.
Ahli klan perlu menyumbang sejumlah mahkota tertentu untuk layak menerima ganjaran Pelayaran Klan. Jumlah ini akan dipaparkan pada skrin ganjaran sehingga jumlah Mahkota yang diperlukan dikumpul. Setiap mahkota mendekatkan klan anda ke pencapaian seterusnya, jadi cuba sedaya upaya untuk menyumbang sebanyak mungkin. Skrin papan pendahulu memaparkan penyumbang Mahkota teringgi dalam klan. Bersedia dengan dek anda!
Apabila klan mencapai pencapaian, semua ahli yang layak akan menerima ganjaran secara serentak berdasarkan arena semasa mereka. Anda perlu mencapai jumlah sumbangan minimum Mahkota sebelum klan mencapai pencapaian terakhir untuk menerima ganjaran. Jangan lepaskan rampasan anda!
Semoga berjaya dan selamat berlayar!