Buka peti untuk tingkatkan kemajuan anda! Peti mungkin mengandungi kad baharu atau pendua kad yang telah anda buka. Dapatkan peti dari:
Acara
Kedai
Cabaran
Perang Klan
Sila ambil perhatian! Peti yang dibincangkan dalam artikel ini berfungsi secara berbeza dengan Peti Bertuah. Untuk maklumat lanjut mengenai Peti Bertuah, klik di sini.
Apakah Kad Yang Terdapat Dalam Peti?
Peti mungkin mengandungi item berikut:
Kad dari arena semasa anda
Kad dari arena lebih rendah
Kad dari arena lebih tinggi, jika anda telah membuka kad tersebut
Jumlah kad yang terkandung dalam peti ditunjukkan dalam tab maklumat peti. Nombor ini berubah bergantung pada arena anda. Jadual di bawah menunjukkan bilangan kad terjamin bagi setiap kenadiran dalam peti.
| Peti | Kandungan |
| Peti Bebas Diraja | Kad Bebas dan Kad Juara |
| Peti Juara | Juara terjamin |
| Peti Legenda | Kad Legenda dari mana-mana arena |
| Peti Epik | Kad Epik |
| Peti lain | Kad pelbagai kenadiran berdasarkan arena anda |
Peti Emas Biasa
Apabila anda mencapai Arena 2, Peti Emas Biasa akan tersedia!
Peti Emas Biasa memberikan banyak emas dan membantu anda menaik taraf kad dengan lebih cepat.