Oh, Kuasa Menara Meningkat!
Kukuhkan Menara anda dengan Askar Menara! Dengan penambahan askar menara ke dalam dek anda, anda mendapat pilihan serangan baharu dan boleh menentukan cara Menara Mahkota anda melakukan kerosakan!
Menambah Askar Menara
Setiap Askar Menara menawarkan bentuk serangan Menara yang berbeza! Untuk melihat dan menukar Askar Menara anda:
Buka tab Koleksi.
Buka tab 'Dek' dan tatal ke bawah ke menara untuk mencari dek tersebut.
Ketik Askar Menara untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya atau untuk menukarkannya dengan askar menara lain!
Tempat Menggunakan Askar Menara
Askar Menara boleh digunakan dalam sebarang mod yang menggunakan Dek anda sendiri.
Membuka Askar Menara
Anda akan serta-merta membuka askar menara pertama anda iaitu 'Puteri Menara'! Askar menara seterusnya boleh dibuka dengan mencapai arena yang lebih tinggi, jadi pastikan anda terus meraih trofi!
Dapatkan lebih banyak kad Askar Menara dengan membuka Peti Bertuah!
Menaik taraf Askar Menara
Sama seperti kad lain, anda boleh menaik taraf askar menara sehingga tahap 16. Setiap tahap baharu yang dicapai meningkatkan keberkesanannya dalam pertempuran: Gunakan emas bersama kad jenis yang sama atau Kad Bebas untuk menaik taraf kad. Anda juga boleh menggunakan permata untuk membeli baki kad atau emas yang diperlukan untuk menaik taraf. Kad Askar Menara tidak boleh melebihi Tahap Menara Raja anda.
Perhatian! Salinan Kad Askar Menara akan ditukar menjadi Kristal berdasarkan nisbah kenadiran yang sama seperti kad biasa.
Pengetahuan Berguna
Askar Menara ialah Kad sokongan tambahan dan tidak akan mengambil satu daipada lapan Slot Dek asal anda.
Anda boleh menggunakan Item Ajaib seperti Kad Bebas untuk menaik taraf Askar Menara.
Jika anda sukar membuka lebih banyak Askar Menara seperti Penembak Meriam, jangan berputus asa! Mereka akhirnya akan muncul dalam Peti Bertuah, DAN anda akan mendapat banyak kad pendua selepas membukanya!