Hampir mencapai tahap maksimum? Itu jenis masalah yang baik! Di sini, anda boleh mendapatkan maklumat tentang memaksimumkan inventori dan penukaran yang tersedia. Jom lihat!
Limpah atau Tidak Limpah?
Kebanyakan sumber dan item mempunyai had maksimum yang boleh disimpan pada satu masa, dan semua sumber/item terhad mengendalikan lebihan secara berbeza. Apabila had dicapai dan bergantung pada jenis sumber/item, salah satu perkara yang berikut mungkin berlaku:
Kehilangan sumber/item
Penukaran menjadi sumber/item yang lain
Limpahan dalam inventori
Sumber dan item yang terhad mempunyai had inventori atau maksimum mutlak. Ini menentukan jumlah sumber yang boleh disimpan dan cara mengendalikan situasi apabila anda melebihi jumlah tersebut.
Had Inventori
Jika inventori anda hampir mencapai had dan anda mengumpul sekumpulan sumber/item yang akan melebihi had tersebut, kesemua kumpulan itu masih akan diterima dan lebihan akan melimpah tanpa mengira jenis sumber.
Contohnya: Jika had anda ialah 100, anda mempunyai 95 item dan mengumpul 10 lagi, anda akan mendapat 105/100.
Maksimum Mutlak
Item dan sumber yang mempunyai had maksimum mutlak tidak boleh melebihi had dan sebarang lebihan akan hilang.
Contohnya: Jika maksimum mutlak anda ialah 100, anda mempunyai 95 item dan mengumpul 10 lagi, anda akan mendapat 100.
Kosmetik
Semua item kosmetik termasuk emote, sepanduk dan kulit menara adalah unik. Anda tidakboleh menerima salinan tambahan atau menukarkannya menjadi sumber/item lain.
Penukaran Item Ajaib Secara Manual
Jika anda telah meningkatkan semua kad bagi sesuatu kenadiran ke tahap 16, Kad Bebas bagi kenadiran tersebut boleh ditukar menjadi Kristal. Untuk melakukannya, buka tab koleksi dan ketik ikon Kad Bebas di bawah item ajaib yang ingin anda tukar.
Kadar Penukaran Kad Bebas
| Kenadiran Kad Bebas | Kristal |
|---|---|
| Biasa | 1 |
| Jarang | 6 |
| Epik | 60 |
| Legenda | 600 |
| Juara | 1,200 |
Peraturan Penukaran Khusus Sumber & Item
Pengetahuan Berguna
‘IAP’ merujuk kepada pembelian dalam aplikasi yang dibeli menggunakan wang sebenar.
-
Permata tidak mempunyai had. Oh, bagusnya!
Emas
| Had | Lebihan |
|---|---|
| Maksimum mutlak 5 juta | Hilang, tanpa mengira sumber |
Mata Bintang
| Had | Lebihan |
|---|---|
| Maksimum mutlak 5 juta | Hilang |
Token Penukaran
| Had | Senario Limpahan | Penukaran |
|---|---|---|
| 10 token bagi setiap kenadiran | Token daripada pembelian dalam aplikasi dan permintaan pertukaran yang dibatalkan boleh melebihi had. | Token tambahan akan ditukar kepada emas pada kadar yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. |
Kadar Penukaran Token Penukaran
| Kenadiran Token | Emas Diterima untuk Satu Token |
|---|---|
| Biasa | 250 |
| Jarang | 500 |
| Epik | 1,000 |
| Legenda | 2,000 |
Syard Evolusi
Sila ambil perhatian! Bentuk evolusi kad akan dibuka sebaik sahaja anda mengumpul enam syard evolusi, jadi anda tidak boleh menyimpan lebih daripada enam syard evolusi untuk kad tertentu. Syard tambahan akan ditukarkan secara automatik. Kadar pertukaran adalah berbeza mengikut arena. Rujuk jadual di bawah untuk butiran.
| Had | Lebihan |
|---|---|
| Enam serpihan diperlukan untuk suatu evolusi | Syard tambahan ditukar kepada salinan kad pada kadar yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. |
Kadar Penukaran Syard Evolusi
| Arena | Biasa | Jarang | Epik | Legenda |
|---|---|---|---|---|
| 1-10 | 100 | 15 | 1 | |
| 11-12 | 140 | 30 | 2 | 1 |
| 13-15 | 170 | 40 | 3 | 1 |
| 16-18 | 250 | 55 | 6 | 1 |
| 22-24 | 590 | 100 | 12 | 1 |
| 25-27 | 1,000 | 135 | 16 | 2 |
| 28+ | 1,250 | 190 | 21 | 2 |
Kad
| Had | Penukaran |
|---|---|
| Tiada had inventori. Semua salinan disimpan sehingga kad mencapai tahap 16. | Apabila kad telah ditingkatkan ke tahap 16, salinan tambahan akan ditukar kepada Kristal pada kadar yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. |
Kadar Penukaran Kad
| Kenadiran Kad | Kristal |
|---|---|
| Biasa | 1 |
| Jarang | 6 |
| Epik | 60 |
| Legenda | 600 |
| Juara | 1,200 |
| Pemerintah (Taktik Gabungan) | 480 |
Kad Bebas
| Had | Limpahan | Penukaran |
|---|---|---|
| Berdasarkan kenadiran dan tahap raja | Kad Bebas daripada pembelian dalam aplikasi boleh melebihi had. | Kad Bebas Tambahan boleh ditukar kepada kad lain, emas atau Kristal bergantung pada senario. Rujuk jadual di bawah untuk butiran. |
Senario Penukaran Kad Bebas
| Senario | Penukaran |
|---|---|
| Tiada kad bagi kenadiran tersebut yang tersedia untuk dibuka di arena semasa. | Kad bebas tambahan akan ditukar kepada emas pada kadar yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. |
| Semua kad dengan kenadiran yang sama telah ditingkatkan ke tahap 16. | Kad tambahan boleh ditukar secara manual mengikut bahagian Penukaran Manual seperti di atas. |
| Semua senario yang lain | Kad tambahan telah ditukar menjadi kad rawak dengan kenadiran yang sama. |
Kadar Penukaran Kad Bebas: Emas
| Kenadiran Kad Bebas | Emas Diterima untuk Satu Kad |
|---|---|
| Epik | 500 |
| Legenda | 20,000 |
| Juara | 20,000 |
Posyen Galakan Kad
| Had | Limpahan | Penukaran |
|---|---|---|
| 8 | Posyen Galakan Kad daripada pembelian dalam aplikasi akan melebihi had. | Posyen tambahan ditukar menjadi 500 emas. |
Syard Bebas
| Had | Lebihan |
|---|---|
| 6 syard | Syard berlebihan akan melebihi had. |
Wira
Jika anda menerima salinan wira yang telah anda buka (contohnya melalui acara), anda akan memperoleh salinan kad tersebut dan 20 Syiling Wira.
| Arena | Biasa | Jarang | Epik | Legenda |
|---|---|---|---|---|
| 1 - 10 | 600 | 90 | 6 | |
| 11 - 12 | 840 | 180 | 12 | 6 |
| 13 - 15 | 1,020 | 240 | 18 | 6 |
| 16 - 18 | 1,500 | 330 | 36 | 6 |
| 19 - 21 | 2,520 | 450 | 48 | 6 |
| 22 - 24 | 3,540 | 600 | 72 | 6 |
| 25 - 27 | 6,000 | 810 | 96 | 12 |
| 28+ | 7,500 | 1,140 | 126 | 12 |
Syiling Wira
| Had | Melebihi Had | Lebihan |
|---|---|---|
| Had inventori 200 | Syiling Wira boleh melebihi had jika anda mempunyai kurang daripada 200 dalam inventori apabila menerimanya. | Syiling Wira berlebihan akan ditukar kepada 1 permata setiap satu. |