Sertai pertempuran 1v1 dan raih trofi serta mahkota untuk maju di Jalan Trofi dan Pass Royale.
Anda boleh mula mencari pihak lawan dengan mengetik butang ‘Tempur’. Tahap Menara Raja dan tahap kad tidak dihadkan di Jalan Trofi, jadi pastikan dek pertempuran anda mengandungi kad yang tahap tertinggi!
Pemadanan
Sistem pemadanan akan memadankan anda dengan pihak lawan yang mempunyai bilangan trofi yang serupa dengan anda. Kad dalam dek anda dan tahap kad tidak diambil kira dalam pemadanan.
Ada kalanya perbezaan bilangan trofi anda dan lawan anda mungkin besar, tetapi ingat, anda akan memperoleh lebih banyak trofi jika anda mengalahkan pemain yang mempunyai lebih banyak trofi daripada anda.
Petua dan Helah Permainan
Penukaran Eliksir Positif
Penukaran eliksir positif merujuk kepada serang balas pihak lawan (sama ada tiada kerosakan atau kerosakan minimum) dengan menggunakan eliksir yang lebih kurang daripada yang pihak lawan guna untuk menyerang.
Contohnya, menggunakan Kayu Balak untuk menentang Tong Goblin memberikan anda kelebihan +1 eliksir kerana anda menggunakan kad 2 eliksir untuk menentang kad 3 eliksir. Menjejak penggunaan eliksir (penukaran positif dan negatif) diri anda boleh membantu anda mengawal aliran pertempuran dan membuat keputusan berstrategi yang lebih baik.
Kitaran Kad
Apabila kad telah dimainkan, anda perlu memainkan empat kad lagi sebelum kad itu kembali ke tangan anda. Ini dikenali sebagai kitaran kad. Menjadikan pengetahuan ini kelebihan untuk menandingi kitaran kad serang balas pihak lawan!
Sesuaikan dengan Meta Semasa
Dengan setiap perubahan penyeimbangan musim, pelbagai jenis dek akan menyerlah, dan adalah penting untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini. Meta merujuk kepada strategi, dek dan kad yang kuat atau berkesan selepas perubahan penyeimbangan. Anda boleh sama ada mengikut aliran yang menggunakannya atau bina dek yang balas serangan meta semasa. Pilihannya di tangan anda!
Syarat Kemenangan
Secara umumnya, mana-mana kad yang hanya menyasarkan bangunan dianggap sebagai syarat kemenangan, justeru itu ia akan terus menyasarkan menara pihak lawan. Contohnya seperti Penunggang Khinzir, Gergasi Diraja dan Golem. Kad lain seperti Tong Goblin atau Pelombong boleh juga dianggap syarat kemenangan disebabkan kebolehan unik mereka di mana mereka boleh ditempatkan di mana-mana sahaja dalam arena. Dengan itu, adalah penting untuk memasukkan satu syarat kemenangan di dalam dek anda untuk memastikan anda mempunyai cara langsung untuk merosakkan menara pihak lawan anda!
Bina Tolakan Dari Belakang
Jangan takut untuk memulakan tolakan dari belakang! Meletakkan askar-askar di belakang Menara Raja anda akan memberikan anda masa yang mencukupi untuk mengumpul eliksir bagi menyokong mereka apabila mereka sampai di jambatan.
Mengorbankan Menara
Amat penting untuk membuat keputusan ketika dalam pertempuran! Jika anda rasa anda tidak dapat mempertahankan menara, anda boleh sama ada mempertahankan sedikit atau membiarkannya saja dan kumpul eliksir untuk serang balik. Ada kalanya anda mungkin perlu “Menukar Menara” di mana daripada menggunakan eliksir untuk mempertahankan menara anda, anda menggunakan semua eliksir untuk serang laluan sebelah dan meruntuhkan menara pihak lawan. Pastikan anda menilai setiap situasi sewajarnya dan cuba bertenang semasa dalam pertempuran. Pengalaman membentuk kebijaksanaan!
Tonton Main Semula
Veteran berpengalaman di arena sentiasa belajar! Tidak kira menang atau kalah, menonton main semula akan membantu anda mencari kesilapan dan memperbaik strategi.
Berehat Seketika
Cara terbaik untuk menangani kekalahan berterusan ialah dengan berehat seketika. Minda yang jelas membenarkan anda fikir dan bertindak dengan matlamat.
Serang Laluan Sebelah!
Jika lawan anda mengerahkan askar eliksir tinggi, adalah baik untuk memberi tekanan pada laluan satu lagi untuk melancarkan serangan balas di jambatan! Dengan itu, pihak lawan anda akan perlu menggunakan baki eliksir untuk mempertahan, maka dia tidak akan dapat menyokong serangan yang dia mulakan di laluan sebelah. Tapi, jaga-jaga, jangan terlebih melakukannya sebab kadangkala adalah baiknya untuk simpan eliksir untuk mempertahan.