Pertempuran Latihan
Asah pedang dan kemahiran anda dengan menentang bot di Kem Latihan!
Ketik ikon hamburger di penjuru kanan atas skrin pertempuran, kemudian pilih ‘Kem Latihan’ untuk berlatih dengan dek semasa anda menentang bot.
Sila ambil perhatian! Anda tidak akan memperoleh atau kehilangan sebarang sumber dalam pertempuran di Kem Latihan.
Mod Latihan
Dikuasai oleh dek musuh yang kuat? Masa untuk berlatih!
Uji dan tingkatkan strategi pertarungan anda dengan bermain menentang bot yang mempunyai tahap dek dan tahap kad yang sama seperti lawan anda sebelum ini!
Cara Berlatih
Semak log pertempuran anda melalui menu hamburger di penjuru kanan atas skrin pertempuran, pilih lawan sebelumnya, dan ketik ‘Berlatih’. Kini anda akan mengulangi perlawanan itu menentang bot dengan dek dan tahap kad yang sama seperti lawan itu. Cuba strategi atau kad yang berbeza dan cuba tingkatkan prestasi anda!
Anda tidak memperoleh atau kehilangan sebarang sumber dalam pertempuran dalam mod latihan.
Teruskan mencuba! Anda boleh lakukannya!
Jangan risau jika kalah dalam satu atau dua pertarungan, ini peluang yang baik untuk menilai semula strategi anda dan menjadi lebih baik. Menang atau belajar!