Keseronokan Untuk Semua!
Permainan Supercell adalah untuk semua! Itulah sebabnya, untuk melindungi pemain yang lebih muda, permainan kami terdapat ciri yang berbeza untuk pemain di bawah umur 16 tahun.
Jika anda seorang Pemain Muda, tetapi mahukan pengalaman standard, jangan risau! Umur yang anda tetapkan pada akaun anda akan dikemas kini setiap tahun pada tarikh akaun itu dicipta. Akaun anda akan ditukar kepada akaun standard sebaik sahaja umur anda mencapai 16 tahun.
Apakah Perbezaannya?
Status Pemain Muda tidak menjejaskan permainan anda dalam apa jua cara. Namun, terdapat beberapa perbezaan dalam ciri permainan dan cara data anda diproses apabila anda ialah Pemain Muda.
Sesetengah perbezaan ini menjejaskan semua permainan:
Tawaran peribadi dan iklan tidak tersedia.
Pemain Muda hanya boleh melihat, menyertai, dan dijemput ke kelab, klan, kumpulan sembang, kejiranan, dan pasukan petugas yang ditandakan sebagai Mesra Keluarga.
Penapis sembang lebih ketat untuk mengelakkan bahasa kesat atau maklumat peribadi daripada dikongsi.
Perbezaan lain adalah khusus untuk permainan:
Brawl Stars: Pemain Muda tidak boleh menghantar peta ke slot pertandingan.
Hay Day: Peti masuk tidak tersedia.
Pemain Muda & Supercell ID
Pemain Muda masih boleh menikmati semua faedah Supercell ID! Anda hanya memerlukan seorang orang dewasa yang dipercayai untuk memberikan alamat e-mel mereka semasa mencipta akaun.
Pemain Mudah & Perlindungan Akaun
Pemain Muda tidak boleh mengaktifkan Perlindungan Akaun pada Supercell ID mereka. Perlindungan Akaun hanya boleh digunakan pada akaun standard.
Saya Ingin Menukar Akaun Pemain Muda Saya kepada Akaun Standard
Jika anda berumur di bawah 16 tahun dan tidak berpuas hati dengan pengalaman Pemain Muda, kami meminta anda bersabar dan menunggu sehingga akaun anda mencapai umur 16 tahun untuk mendapatkan pengalaman standard.
Sila ambil perhatian! Pihak sokongan tidak boleh menukar umur akaun anda.
Ciri permainan ini disediakan untuk memastikan pengalaman yang selamat untuk pemain kami dan mematuhi undang-undang.