Penguasaan Kad ialah ciri yang dibuka di Arena 4.
Dengan menyelesaikan tugas dan menguasai kad, anda boleh mendapat lencana dan ganjaran yang hebat!
Tugas
Tugas penguasaan akan tersedia apabila anda menaik taraf kad anda. Setiap kad mempunyai tiga tugas berbeza untuk diselesaikan:
Tugas pertama membuka lencana penguasaan dan menghendaki anda memenangi pertempuran menggunakan kad tersebut.
Tugas kedua mencabar anda untuk melakukan kerosakan menggunakan kad tersebut.
Tugas seterusnya menawarkan objektif unik bagi setiap kad, jadi terdapat banyak cabaran baharu untuk diatasi!
Kemajuan
Kemajuan tugas penguasaan kad akan meningkat apabila anda menggunakan kad tersebut dalam:
- Pertempuran di Jalan Trofi
- Mod Berperingkat
- Perang Klan
- Acara
- Cabaran
- Cabaran Klasik
Tugas pertama untuk semua kad adalah sama. Ia hanya mempunyai 1 tahap kemajuan dan memerlukan 3 kemenangan untuk diselesaikan. Tugas berikutnya ada 3 tahap kemajuan dan lebih mencabar untuk diselesaikan.
Semak kemajuan Penguasaan Kad dengan mengetik butang maklumatnya pada skrin Koleksi, kemudian ketik butang ‘Penguasaan Kad’ di penjuru kanan atas.
Tugas penguasaan tidak mudah atau cepat diselesaikan, tetapi inilah yang menjadikan kejayaan melengkapkannya lebih bermakna!
Lencana Penguasaan
Anda akan menerima Lencana Penguasaan selepas menyelesaikan tugas penguasaan pertama.
Apabila anda membuat kemajuan dalam tugas dan menyelesaikan objektif, lencana anda akan dinaik taraf untuk mempamerkan penguasaan anda!
Ganjaran
Dengan menyelesaikan tugas penguasaan, anda boleh mendapat banyak ganjaran seperti:
- Emas
- Timbunan kad
Pengetahuan Berguna
- Apabila mengetik tugas, pop timbul akan muncul untuk memaparkan maklumat lanjut tentang tugas tersebut dan kemajuan anda.
- Anda boleh melihat koleksi Lencana Penguasaan anda di tab Koleksi, di sebelah sepanduk pertempuran anda.