Kristal ialah kawan baik raja!
Dapatkan Kristal setiap kali anda menerima salinan kad bagi kad yang telah mencapai tahap maksimum, kemudian gunakannya di kedai untuk membuka ganjaran kosmetik.
Mengumpul Kristal
Selepas kad mencapai tahap maksimum, lebihan kad jenis ini yang dikumpul akan ditukar menjadi Kristal secara automatik. Bilangan Kristal yang anda terima bergantung pada kenadiran dan bilangan kad lebihan kuantiti kad yang anda kumpul. Semak jadual di bawah untuk melihat nilai Kristal bagi kad setiap kenadiran.
| Kenadiran | Kristal |
|---|---|
| 1 Kad Biasa |
1 |
| 1 Kad Jarang | 6 |
| 1 Kad Epik | 60 |
| 1 kad Legenda | 600 |
| 1 Kad Juara | 1200 |
| 1 Kad Pemerintah (Taktik Gabungan) | 480 |
Jelas sekali! Perlu diingat bahawa seperti semua item ajaib, anda hanya boleh memiliki jumlah Kristal yang terhad pada satu masa. Anda boleh semak jumlah Kristal yang anda miliki sekarang dalam tab ‘Item Ajaib’ di Koleksi anda.
Menggunakan Kristal
Kristal boleh digunakan untuk membeli item kosmetik tertentu di kedai, jadi walaupun anda telah membuka tahap tertinggi bagi setiap kad, anda sentiasa mempunyai sesuatu yang baharu untuk diusahakan!