Mod Berperingkat ialah pertarungan terulung untuk semua Legenda Royale!
Saya Berminat!
Mod Berperingkat merangkumi 7 liga - setiap satu dengan peringkat untuk didaki - dan dibuka selepas mencapai 13,000 trofi di Jalan Trofi, atau dengan mencapai Liga Juara dalam musim Berperingkat yang sebelumnya.
Mod Permainan Berperingkat
Selepas mencapai Liga Juara Mutlak (Liga 7), anda akan layak memasuki papan pendahulu Dewan Kegemilangan yang memaparkan Juara Arena dari seluruh dunia!!
Anda juga boleh mengetik butang 'Tunjukkan Lagi' di bahagian bawah kanan papan pendahulu untuk melihat papan pendahulu Dewan Kegemilangan tempatan anda.
Kemajuan
Maju di Laluan Legenda dengan memenangi pertempuran dan memanjat tangga!
Terdapat dua jenis tangga:
Tangga Batu: Menang untuk naik satu tangga. Kalah, anda akan jatuh satu tangga.
Tangga Emas: Apabila anda mencapai tangga emas, kedudukan anda akan terjamin dan anda tidak akan turun daripadanya walaupun kalah perlawanan.
Anda boleh melihat jenis tangga seterusnya dengan mengetik butang ‘Seterusnya’ di penjuru kanan bawah skrin.
Pemadanan
Di mod Berperingkat, anda akan dipadankan berdasarkan bilangan kemenangan dan liga semasa anda.
Set Semula Musim dan Pengganda Kemenangan
Musim liga bermula pada hari Isnin pertama setiap bulan. Pada akhir setiap musim, pemain akan diset semula ke Jaguh 1.
Namun, anda akan menerima Pengganda Kemenangan berdasarkan sejauh mana anda mara pada musim sebelumnya, asalkan anda mencapai sejauh Liga Juara Besar. Ini akan membantu anda kembali ke kedudukan sebelumnya. Nilai pengganda akan berkurang satu selepas setiap kemenangan.
Ganjaran
Terdapat dua jenis ganjaran di mod Berperingkat:
Ganjaran sekali: Tangga tertentu akan memberikan ganjaran yang hanya boleh dituntut satu kali. Anda boleh menemukannya di sebelah kiri tangga liga.
Ganjaran bermusim: Pada permulaan setiap musim, ganjaran baharu akan tersedia. Anda boleh lihat ganjaran bermusim semasa di sebelah kanan tangga liga.
Dek Berperingkat
Anda boleh membina dek anda sendiri khas untuk mod Berperingkat (sehingga 10).
Pengetahuan Berguna
- Liga Juara Mutlak (Liga 7) tidak mempunyai tangga. Sebaliknya, anda akan bersaing untuk tempat teratas papan pendahulu Dewan Kegemilangan setiap musim!