Apabila ketua klan tidak log masuk ke Clash Royale selama 21 hari, proses pemilihan ketua baharu akan bermula. Mesej dan pemberitahuan akan dihantar kepada ketua klan yang tidak aktif untuk mengalakkan mereka log masuk dan kembali menguruskan klan mereka. Ketua klan mempunyai 14 hari untuk kembali ke permainan sebelum status tersebut diserahkan kepada orang lain. Selepas tidak aktif selama 35 hari, peranan ketua akan diberikan kepada pembantu ketua atau senior dalam klan.
Ahli klan dan ketua klan akan melihat mesej tentang proses ini dalam peti masuk mereka:
Tidak aktif selama 21 hari:
- Mel klan dihantar memaklumkan bahawa akibat ketidakaktifan ketua klan, peranan ketua akan diberikan kepada ahli lain.
Tidak aktif selama 32 hari:
- Mel klan kedua dihantar memaklumkan bahawa akibat ketidakaktifan ketua klan, peranan ketua akan diberikan kepada ahli lain.
Tidak aktif selama 35 hari:
- Ketua baharu dilantik.
Siapa Akan Dinaikkan Pangkat Menjadi Ketua?
Ketua klan baharu ialah pembantu ketua yang paling lama berkhidmat. Jika tiada pembantu ketua, senior yang paling lama berkhidmat akan dilantik menjadi ketua klan. Ketua klan boleh menyerahkan jawatannya secara sukarela dengan log masuk dan melantik ahli klan lain sebagai ketua.