Semua usaha yang anda curahkan ke dalam kemajuan permainan anda adalah sesuatu yang patut dilindungi. Di sini ada beberapa cara untuk memastikan akaun anda kekal di tangan anda.
Sambungkan Akaun Anda Kepada Supercell ID
Menyambungkan akaun anda kepada Supercell ID untuk menghalang orang lain log masuk ke akaun anda dengan cara lain. Membolehkan Perlindungan Akaun pada akaun anda akan menambah satu lagi lapisan keselamatan.
Ingat, Supercell ID anda hanya selamat bergantung kepada e-mel yang anda menggunakan untuk mendaftar! Atas sebab ini, kami mengesyorkan anda aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) pada akaun e-mel anda. Kita semua melakukan kesilapan dan kadangkala kata laluan yang lemah atau kecuaian membolehkan seseorang mengakses peti masuk e-mel kita. Jika anda mengaktifkan 2FA untuk akaun e-mel anda, anda masih boleh mengawal akaun e-mel anda walaupun orang lain berjaya mengaksesnya.
Jangan Menerima Tawaran Item Percuma
Anda mungkin ada dengar orang bercakap tentang laman web yang menawarkan permata, syiling, pas musim percuma dan banyak lagi. Mereka mungkin cuba menipu anda untuk berkongsi data peribadi, seperti akaun dan kata laluan e-mel.
Laman web sedemikian boleh mengandungi keylogger dan virus yang boleh mengancam privasi dan keselamatan anda, jadi pastikan anda mengelak penipuan tawaran percuma ini!
Jangan Berkongsi Akaun dengan Sesiapa
Jika sesuatu itu kedengaran mencurigakan, mungkin betul. Jika ada seseorang menawarkan akaun kepada anda, mereka sebenarnya mungkin sedang mencari cara untuk mendapatkan akses kepada akaun anda.
Anda tidak patut membenarkan sesiapa mengakses akaun anda tidak kira apa sebabnya. Apabila seseorang itu mempunyai akses kepada akaun anda, memang susah sekali untuk menghentikan dia. Berkongsi akaun melanggar Terma Perkhidmatan kami dan boleh menyebabkan akaun anda digantung atau disekat secara kekal. Untuk maklumat lanjut mengenai tingkah laku yang tidak boleh diterima, lihat di sini. Baca lebih tentang perkongsian akaun di sini
Jangan Kongsi Butiran Tentang Diri Anda Atau Akaun Anda di Ruang Bual
Berkongsi data peribadi akan mendedahkan privasi anda dan keselamatan akaun anda kepada risiko. Ia mungkin soalan biasa seperti "Peranti apa yang anda semua gunakan untuk bermain?", "Sesiapa dari Amerika Syarikat di sini?, ‘Di mana kampung anda?’ dan lain-lain. Namun, jawapan anda kemudiannya mungkin digunakan untuk mencari anda di dunia nyata atau cuba menyamar sebagai anda untuk mendapatkan akses kepada akaun anda.
Jangan Berkongsi Kod Log Masuk Supercell ID Anda dengan Sesiapa - Malah Pihak Sokongan
Ia perkara biasa untuk penipu menyamar sebagai Sokongan Supercell dan tiba-tiba menghubungi pemain. Mereka mungkin mendakwa Supercell mendapati terdapat aktiviti yang mencurigakan dalam akaun anda dan perlu mengesahkan identiti anda. Kami tidak akan tiba-tiba menghubungi anda atau meminta kod log masuk e-mel Supercell ID anda. Hanya memberi kod pengesahan kepada Sokongan dalam perbualan yang anda mulakan dari bahagian Bantuan dan Sokongan dalam permainan.
Jangan Cuba Bantu Memulihkan Akaun Kawan Anda
Percubaan untuk memulihkan akaun pemain lain melalui Sokongan dianggap tindakan memancing data. Kami tidak akan dapat mengesahkan sama ada kawan anda meminta bantuan anda atau tidak. Sila minta kawan anda menghubungi pihak Sokongan.
Jika Anda Mengesyaki Aktiviti Mencurigakan Pada Akaun Anda, Hubungi Sokongan
Jika anda rasa ada orang lain yang mengakses akaun anda, pasukan Sokongan kami akan berusaha membantu anda mendapatkannya kembali. Anda boleh menemukan maklumat terperinci tentang cara menangani situasi seperti ini di sini.