Baki permata/berlian negatif mungkin berlaku jika bayaran balik untuk pembelian permata/berlian dalam permainan yang telah digunakan. Apabila permintaan bayaran balik diluluskan, nilai permata/berlian masing-masing bagi tawaran dalam permainan ditolak secara automatik daripada akaun. Tawaran dalam permainan selalunya bernilai lebih tinggi daripada harga yang anda bayar. Itulah sebabnya bilangan sumber yang dikeluarkan daripada akaun anda mungkin lebih tinggi daripada kos asal pembelian anda.
Jika anda tidak membuat sebarang permintaan bayaran balik, hal ini adalah mungkin disebabkan pembayaran tidak berjaya dan bayaran balik automatik untuk nilai permata tersebut telah dikeluarkan. Jika ini yang berlaku, sila hubungi Google atau Apple untuk semak status pembayaran anda.
Untuk peranti Google (Android):
- Layari Sokongan Google.
- Pilih butang 'Hubungi Kami' di bawah halaman ini.
Untuk peranti Apple (iOS):
- Layari Sokongan Apple
- Pergi ke ‘Bayaran and Langganan’
- Buat pilihan yang paling sesuai dengan anda.
Sila ambil perhatian! Jika anda mempunyai baki permata/berlian negatif, anda tidak akan dapat membeli tawaran dalam permainan.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi kami dengan tangkapan skrin resit pesanan anda. Cuma pastikan bahawa semua data peribadi (PII) pada resit anda telah dikaburkan. Lihat panduan kami tentang cara menapis data peribadi daripada resit dan tangkapan skrin anda di sini.