Untuk menyemak semula sejarah pembelian anda, sila semak panduan di bawah:
iOS
1. Buka tetapan peranti anda.
2. Ketik nama pengguna anda, kemudian ketik ‘Media & Pembelian’.
3. Daftar masuk dengan Apple ID anda
4. Ketik ‘Sejarah Pembelian’
Ini ialah Panduan Lengkap mengenai cara melihat sejarah pembelian iOS anda dari pelbagai platform.
Android
1. Buka aplikasi Google Play Store.
2. Ketik ikon akaun anda.
3. Pilih 'Bayaran dan langganan'.
4. Pilih 'Belanjawan dan sejarah'.
Anda juga boleh pergi ke Pembayaran Google, kemudian log masuk ke akaun Google pilihan anda.
Supercell Store
1. Log masuk ke Supercell Store dengan Supercell ID anda.
2. Ketik profil Supercell ID anda di bahagian atas sebelah kanan skrin.
3. Pilih “Akaun”.
4. Tatal ke bawah untuk mencari sejarah pembelian dan resit anda.
Amazon
- Log masuk ke Amazon dengan butiran akaun anda.
- Ketik ikon akaun anda di bahagian atas sebelah kanan skrin.
- Pilih 'Jejak dan urus pesanan anda'. Anda sepatutnya akan nampak semua aplikasi dan item yang dibeli. Anda boleh menggunakan penapis untuk melihat lagi senarai sejarah pembelian dan jenis pesanan.
Mencari Resit E-mel
Anda juga boleh menemukan resit iOS, Google Play dan Amazon dengan mencari di akaun e-mel yang disambungkan dengan menggunakan gabungan kata kunci seperti: ‘Supercell’, ‘Hay Day’, ’Pembelian’, dan ’Resit’.
Menapis data peribadi apabila menghantar tangkapan skrin dan resit.
Jika anda menghantar resit atau tangkapan skrin kepada kami, pastikan data peribadi (PII) telah dikaburkan. Lihat panduan kami tentang cara menapis data peribadi daripada resit dan tangkapan skrin anda di sini.