Selepas setiap minggu Perang Klan, anda akan mendapat atau kehilangan trofi klan berdasarkan kedudukan anda.
Bagi pertempuran Colosseum, pada minggu terakhir Perang Klan, anda berpeluang meraih lebih banyak trofi untuk klan anda!
Secara umumnya:
- Kedudukan 2 teratas akan sentiasa mendapat trofi klan.
- Di liga yang lebih tinggi, tempat ke-3, ke-4, atau ke-5 akan kehilangan trofi klan.
Kedudukan akan berdasarkan prestasi seluruh klan anda. Peti perang dan trofi klan diberikan berdasarkan kedudukan akhir.
Sekiranya terdapat lebih daripada satu bot melepasi garisan penamat, pemenang ditentukan berdasarkan jumlah pingat yang dikumpul sepanjang perlumbaan!
Pada minggu Colosseum, iaitu minggu terakhir Perang Klan, tidak akan ada lumba sungai. Papan pendahulu akan dikemas kini setiap kali klan meraih pingat dari pertempuran perang klan.
Apakah yang berlaku selepas lumba sungai?
Apabila minggu lumba sungai berakhir, anda akan mendapat peti perang, dan sama ada mendapat atau kehilangan trofi klan berdasarkan kedudukan anda.
Pengetahuan berguna
- Bot klan hanya bergerak sekali sehari, semak pemasa di atas tab klan anda untuk melihat bila hari itu berakhir.
- Perlumbaan seterusnya akan bermula apabila pemasa di atas tab klan anda tamat (bukan semua perang bermula pada masa yang sama).