Klan anda dipadankan dalam perang menentang klan lain berdasarkan jumlah trofi klan anda. Dalam erti kata lain, semua klan dalam perang akan mempunyai jumlah trofi klan yang hampir sama apabila perang bermula.
Perang Klan atau Hari Latihan & Hari Pertempuran
Dalam Perang Klan, anda akan dipadankan terutamanya dengan pemain yang mempunyai jumlah trofi yang hampir sama dengan anda tanpa mengira liga klan mereka.
Bagi memastikan masa untuk mencari padanan yang sesuai kekal serendah mungkin, sistem pemadanan akan meluaskan kriteria pencarian jika pencarian mengambil masa terlalu lama.
Sistem pemadanan juga akan mempertimbangkan prestasi peribadi anda dalam Perang Klan semasa memadankan anda dengan pemain lain.
Colosseum Perang Klan
Sama seperti Perang Klan, lawan anda ialah pemain dengan jumlah trofi yang hampir sama yang turut sedang mencari padanan di Colosseum.