Bagaimana Ini Berfungsi?
Token Penukaran membolehkan anda menukar kad dengan rakan klan anda dan Pedagang. Capai Arena 3 untuk membuka Token Penukaran.
Setiap kenadiran mempunyai satu token, kecuali Juara. Bilangan kad yang boleh ditukar dengan setiap token adalah seperti berikut:
Token Biasa: 250 Kad Biasa
Token Jarang: 50 Kad Jarang
Token Epik: 10 Kad Epik
Token Legenda: 1 Kad Legenda
Untuk mengetahui jumlah Token Penukaran yang anda miliki atau memulakan penukaran dalam tab klan, ketik ‘Minta Kad’ atau ‘Tukar Kad’, kemudian buka tab ‘Tukar’.
Dalam tab 'Pertukaran', pilih kad yang anda ingin terima, kemudian pilih sehingga empat kad yang anda sudi berikan. Apabila anda ketik ‘Sahkan’, penukaran anda akan disiarkan di ruang bual klan. Mana-mana rakan klan boleh memilih untuk menerima pertukaran asalkan mereka mempunyai token dengan kenadiran yang sama.
Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Token Penukaran?
Berikut tempat anda boleh menemukan token:
- Kedai: Di kedai, anda kadangkala akan melihat Token Penukaran sebagai sebahagian daripada tawaran pembelian dalam aplikasi.
- Acara Istimewa/Cabaran/Kejohanan Global: Anda juga boleh mendapatkan Token Penukaran sebagai ganjaran daripada cabaran dan acara tertentu. Anda akan diberi ganjaran Token Penukaran selepas mencapai bilangan kemenangan yang diperlukan.
Menukar Kad Yang Telah Mencapai Tahap Maksimum
Anda boleh menukar kad yang telah mencapai tahap maksimum dengan membelanjakan nilai emas kad itu.
| Kad Ditukar | Kos (Emas) |
|---|---|
| 250 Biasa | 1,250 |
| 50 Jarang | 1,250 |
| 10 Epik | 1,000 |
| 1 Legenda | 7,500 |
Pengetahuan Berguna
Menukar kad dikunci: Anda hanya boleh menukar kad yang telah dibuka.
Lebih daripada 10 Token? Jumlah maksimum token yang boleh anda miliki ialah 10. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, anda boleh memiliki lebih daripada 10. Token diperoleh melalui pembelian dalam aplikasi boleh melebihi had 10 token. Mencapai jumlah maksimum token, diikuti dengan pembatalan pertukaran tertangguh, juga boleh menyebabkan anda memiliki lebih daripada 10 token.
Saya tidak dapat menukar kad Legenda saya! Kad Legenda terakhir yang diperlukan untuk membuka kad tidak boleh ditukar. Contohnya, anda tidak boleh memberi Ahli Sihir Elektro tahap 9 dengan hanya 1/2 kad.