Pergi Global!
Anda mungkin melihat Kejohanan Global berlangsung dari semasa ke semasa—akses terus Kejohanan Global dari Penukar Mod Permainan.
Pemenang Kejohanan Global berdasarkan jumlah kemenangan (Mahkota sebagai pematah seri). Anda boleh terus bermain sehingga mencapai lima kekalahan atau apabila pemasa kejohanan tamat.
Semua pemain akan menerima ganjaran sepanjang kejohanan itu. Semua pemain juga akan ditawarkan ganjaran bonus pada akhir kejohanan dan boleh memilih sama ada ingin menuntut ganjaran bonus menggunakan permata atau membuang ganjaran. Selain itu, pemain di kedudukan teratas kejohanan juga akan menerima ganjaran eksklusif!
Papan Pendahulu Kejohanan Global
Papan pendahulu Kejohanan Global membolehkan anda membandingkan diri anda dengan rakan dan pemain terbaik dunia!
Jadi salah seorang daripada 10,000 pemain teratas untuk melihat kedudukan tepat anda dan capai 1,000 pemain teratas untuk memasuki “Dewan Kegemilangan”!
Semua kedudukan di bawah 10,000 teratas akan dipaparkan dalam peratusan.
Tontonan Papan Pendahulu
Jika salah seorang daripada pemain 100 teratas dalam Kejohanan Global sedang bertempur, anda boleh ketik penunjuk di sebelah nama mereka pada papan pendahulu untuk menonton perlawanan mereka secara langsung. Bersedia untuk nikmat ciri baharu ini!
Pemadanan
Pemadanan adalah berdasarkan kemajuan Kejohanan anda. Pada permulaan Kejohanan, kami mengambil kira Arena Jalan Trofi anda untuk memastikan pemadanan yang adil pada pertempuran awal. Jika pemadanan mengambil masa lebih lama daripada biasa, sistem akan menjadi lebih fleksibel untuk mencari lawan anda dengan lebih pantas.
Lencana
Bersaing dalam Kejohanan Global untuk memperoleh lencana! Tamat dalam 1,000 pemain teratas untuk memperoleh Lencana Juara!
Semakin banyak kejohanan yang anda sertai, semakin tinggi tahap lencana anda.
Pengetahuan Berguna
Untuk memastikan tahap permainan yang setara, semua kad dan menara dihadkan pada tahap 11.