Menewaskan lawan dengan Juara dan keupayaan khas mereka! Juara membolehkan anda membentuk strategi baharu untuk pertempuran di arena!
Juara pertama anda diperoleh dari Jalan Trofi selepas mencapai Arena 16. Juara bermula pada kad tahap 11 dan boleh dinaik taraf sehingga ke tahap 16.
Menggunakan Juara
Letakkan Kad Juara di Slot Wira atau Slot Bebas dalam dek anda untuk menggunakannya dalam pertempuran. Buka Slot Wira di Arena 5, manakala Slot Bebas di Arena 10. Dengan menggunakan kedua-dua Slot Wira dan Slot Bebas, anda boleh memiliki dua Juara dalam dek yang sama!
Juara dan Keupayaan Khas
Juara mempunyai keupayaan khas yang boleh digunakan dalam pertempuran dengan elixir. Dalam pertempuran, jika lebih daripada satu Juara jenis yang sama aktif, hanya yang dietakkan paling baru boleh menggunakan keupayaan khasnya. Satu penunjuk akan muncul di sebelah bar nilai nyawa Juara tersebut yang boleh menggunakan keupayaan khasnya.
| Juara | Keupayaan Khas | Trofi / Arena Diperlukan |
|---|---|---|
| Kesatria Emas | Daya Pecutan | 5,500 Trofi (Arena 16) |
| Raja Rangka | Seruan Roh | 5,500 Trofi (Arena 16) |
| Permaisuri Pemanah | Mantel Halimunan | 6,000 Trofi (Arena 17) |
| Pelombong Unggul | Larian Letupan | 6,000 Trofi (Arena 17) |
| Ketua Bandit | Bom Lepas Diri | 6,000 Trofi (Arena 17) |
| Sami | Kekuatan Minda | 6,500 Trofi (Arena 18) |
| Putera Kecil | Penyelamatan Diraja | 6,500 Trofi (Arena 18) |
| Goblinstein | Penghubung Elektrik | 6,500 Trofi (Arena 18) |
Menaikkan Tahap Juara Anda
Anda boleh mendapatkan lebih banyak Kad Juara dari:
Peti Juara: Peti ini akan sentiasa menjamin satu Juara. Anda boleh mendapatkan peti ini sebagai ganjaran Jalan Trofi.
Peti: Kecuali Peti Epik dan Peti Legenda, Juara boleh didapati daripada semua jenis peti, termasuk Peti Bertuah!.
Tawaran Kedai Terhad Masa: Dari semasa ke semasa, tawaran masa terhad yang termasuk Juara mungkin muncul di kedai.