Menukar E-mel Supercell ID anda
Mari cuba sesuatu yang baharu! Anda boleh menukar alamat e-mel yang disambungkan kepada Supercell ID anda dengan mudah kepada alamat e-mel sedia ada atau yang baharu. Malah, anda boleh melakukannya terus dari dalam permainan!
Cipta alamat e-mel baharu atau pastikan anda masih mempunyai akses kepada alamat e-mel yang anda miliki. Anda cuma perlu memastikan e-mel itu belum disambungkan kepada mana-mana Supercell ID.
-
Buka akaun permainan yang disambungkan kepada Supercell ID yang e-melnya anda ingin tukar. Pergi ke Tetapan dan pilih Supercell ID.
-
Sekarang, ketik ikon gear untuk membuka Tetapan Supercell ID.
-
Dalam tab Tetapan, ketik ‘Tukar E-mel’ yang terletak di sebelah alamat e-mel Supercell ID anda.
Jika anda boleh mengakses alamat e-mel Supercell ID ini, pilih ‘Ya’. Jika anda tidak boleh mengakses e-mel ini, anda perlu menghubungi kami (lihat di bawah).
Masukkan kod pengesahan yang dihantarkan ke alamat e-mel Supercell ID anda sekarang. Jika anda menghadapi masalah menerima kod pengesahan, anda mungkin menggunakan domain e-mel yang tidak disokong (lihat di bawah).
Ikuti penggesa pada skrin untuk menyelesaikan proses penukaran e-mel Supercell ID anda!
Anda boleh menukar e-mel Supercell ID anda tanpa sebarang had.
Saya Kehilangan Akses kepada E-mel Supercell ID Saya
Hilang akses kepada akaun permainan yang disambungkan kepada Supercell ID? Anda mungkin boleh memulihkannya sendiri! Baca lebih lanjut di sini.
Jika anda tidak dapat melakukannya, anda boleh menghubungi kami untuk membantu anda. Untuk menghubungi kami:
Buka permainan anda.
Pergi ke Tetapan dan pilih ‘Bantuan dan Maklumat’.
Ketik ikon menu hamburger di bahagian kanan atas skrin anda.
Pilih ‘Tinggalkan mesej’.
Saya Tidak Dapat Menukar E-mel Saya
Jika anda mendapat ralat semasa cuba menukar e-mel Supercell ID, anda mungkin cuba menggunakan alamat e-mel yang tidak disokong oleh Supercell ID. Ketahui lebih lanjut tentang ini di sini.
Akaun Belum Dilindungi
Harap maklum bahawa anda mungkin tidak akan dapat menukar e-mel Supercell ID untuk akaun yang kami menganggap tidak selamat. Akaun seperti ini mungkin tidak dapat menerima kod pengesahan.