Mengenai Musim
Setiap musim bermula pada hari Isnin pertama setiap bulan dan tema baharu akan diperkenalkan dalam Clash Royale. Ini bermakna pelbagai kandungan baharu, termasuk emote, cabaran, dan banyak lagi!
Musim baharu juga bermakna permulaan baharu untuk mendaki Liga Trofi. Beri perhatian kepada perubahan keseimbangan bermusim untuk meningkatkan peluang anda meraih kemenangan dalam Liga. Ganjaran pencapaian baharu ditambah setiap musim, menjadikan pendakian menuju kejayaan lebih bermakna!
Perubahan Keseimbangan Bermusim
Kami berusaha untuk menjadikan pertempuran di arena sentiasa menyeronokkan. Bahagian utama ialah memastikan keseimbangan askar, sihir, dan bangunan.
Setiap musim, kami menganalisis data permainan (termasuk kadar penggunaan dan kemenangan) dan maklum balas pemain untuk mengenal pasti apa yang perlu diubah. Matlamat kami adalah untuk memastikan tiada kompisisi kad atau dek yang terlalu dominan sehingga menghalang pemain daripada bermain secara kreatif dan berstrategi.
Nantikan pengumuman perubahan keseimbangan dalam permainan sebelum bermulanya musim baharu, dan kongsikan maklum balas anda di saluran media sosial kami!