Keselamatan Didahulukan!
Permainan Supercell menggunakan penapis bahasa sebagai langkah pertahanan pertama untuk membendung kandungan yang mengganggu. Ini membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk pemain serta menghalang penggunaan bahasa yang boleh membawa kesan buruk atau membahayakan orang lain.
Bagaimana Ini Berfungsi?
Penapis ada tugas yang agak sukar untuk ditangani! Ia meneliti setiap baris sembang dan setiap penyerahan nama dalam permainan kami dan melakukan perkara berikut dalam sekelip mata:
Mengenal pasti bahasa dalam kandungan yang dipersoalkan; adakah itu bahasa Turki? Bahasa Sepanyol? Bahasa Korea? dll.
Mengenal pasti topik umum kandungan tersebut. Adakah kandungan itu mengandungi bahasa yang berunsur membuli? Bahasa kebencian? Adakah ia hanya perbualan biasa?
Menentukan tahap risiko kandungan. Jika penapis mengesan unsur buli, sejauh manakah seriusnya kandungan tersebut? Adakah kata-kata tersebut bertujuan menyakitkan hati,atau sekadar gurauan antara rakan?
Selain itu, ia perlu mempertimbangkan subversi, iaitu menggunakan salah ejaan, perkataan yang serupa bunyinya, tuturan yang digantikan dengan nombor, dan lain-lain, untuk menggantikan perkataan yang akan ditapis.
Akhir sekali, ia mesti memutuskan sama ada mesej itu tidak sesuai dalam konteks mesej yang dihantar sebelum ini. Contohnya, daripada menaip “perkataan buruk”, sesetengah pemain akan cuba menulis “perkataan” [hantar mesej] dan kemudian, “buruk” [hantar mesej]. Seperti yang anda lihat, penapis ini mempunyai satu tugas.
Bagaimanakah Supercell Menggunakan Penapis?
Perasaan pemain sangat penting bagi kami. Namun, kami perlu memastikan setiap pemain dapat menikmati pengalaman bermain yang menyeronokkan dan selamat dalam permainan Supercell. Ini ialah keseimbangan yang sukar dicapai. Sesetengah pemain mungkin kecewa jika mesej sembang mereka ditanda dengan bintang tetapi sesetengah pemain mungkin tersinggung jika perkataan tertentu melepasi penapis. Salah satu sebab kami menyediakan pelbagai jenis klan dan kelab dalam permainan kami adalah untuk anda membentuk pengalaman bermain yang paling sesuai dengan pilihan anda:
Klan dan kelab mesra keluarga menggunakan penapis yang lebih ketat. Bagi melindungi keselamatan pemain muda dengan lebih baik, kami memberikan perhatian khusus untuk memastikan menapis kandungan yang boleh mendedahkan maklumat peribadi atau menujukan pemain muda ke lokasi berbeza dalam talian.
- Klan dan kelab standard menggunakan penapis yang lebih longgar. Sesetengah klan dan kelab standard mungkin menggunakan bahasa yang lain, dan kebanyakan penggunaan bahasa ini tidak akan disekat oleh penapis! Semuanya bergantung pada klan atau kelab unik yang anda sertai.
Membantu Memastikan Permainan Kami Selamat dan Adil
Namum begitu, kami tahu bahawa penapis ini, walaupun berkesan, kami tahu ia masih tidak sempurna! Mungkin ada kalanya mesej anda ditapis walaupun kandungannya tidak menyinggung sesiapa. Pada masa lain, anda mungkin mendapati seseorang dapat mengatakan sesuatu yang tidak sesuai atau berbahaya. Jika ini berlaku, perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah memaklumkannya kepada kami!
Jika mesej anda ditapis sedangkan dan anda rasa ia tidak sepatutnya ditapis, hubungi pasukan sokongan dan maklumkan kepada kami!
Jika terdapat mesej yang tidak ditapis sedangkan dan anda rasa ia sepatutnya ditapis, laporkan pemain yang menghantarnya supaya kami boleh menyemak perkara tersebut.
Bantu Pemain Lain
Penapis ini ialah salah satu cara kami memastikan permainan kekal selamat. Satu lagi ialah anda sendiri! Bantu menjadikan permainan kami lebih selamat dengan:
Melaporkan tingkah laku yang tidak sesuai atau mengganggu.
- Menghormati batasan. Contohnya:
Menyelesaikan konflik sesama sendiri sebelum moderator mengambil tindakan.
Bagi ketua klan/kelab/kejiranan/pasukan petugas: pertimbangkan untuk menetapkan jangkaan terhadap ahli dalam profil anda.
Berbuat baik dan saling menghormati.
Soalan Lazim
“Sembang klan saya sentiasa ditapis walaupun hanya menggunakan kandungan biasa yang tidak menyinggung perasaan! Kenapa?”
Adakah anda bersembang dalam bahasa yang disokong oleh permainan kami? Jika permainan ini belum diterjemahkan ke bahasa anda, penapis perkataan kami mungkin juga belum diterjemahkan. Kami sentiasa berusaha menambah bahasa baharu pada penapis ini, tetapi mungkin mengambil sedikit masa sebelum bahasa anda disokong.
“Mengapakah saya tidak boleh menggunakan nama sebenar sebagai nama pemain atau menyebutnya dalam mesej sembang?”
Penapis kami secara automatik menyekat kebanyakan percubaan untuk menggunakan nama sebenar dalam permainan kami (walaupun anda mungkin masih boleh berbuat demikian dalam klan atau kelab standard). Sila ingat bahawa berkongsi maklumat peribadi melanggar Dasar Bermain dengan Selamat dan Adil kami!
Anda juga perlu tahu bahawa penapis ini direka untuk mengesan sebarang kandungan yang mempunyai ciri-ciri seperti nama peribadi. Ini bermakna sebarang nama pemain yang menyerupai nama seseorang mungkin akan disekat, walaupun nama tersebut bukan nama anda sendiri.