Keselamatan didahulukan!
Permainan Supercell menggunakan penapis bahasa sebagai barisan pertahanan pertama untuk menentang kandungan yang menimbulkan gangguan. Ini akan memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk pemain dan menghalang bahasa yang tidak senonoh atau membawa keburukan dalam permainan kami.
Macam mana fungsinya?
Penapis ada tugas yang agak sukar untuk ditangani! Ia meneliti setiap baris sembang dan setiap penyerahan nama dalam permainan kami dan melakukan perkara berikut dalam sekelip mata:
Mengenal pasti bahasa dalam kandungan yang dipersoalkan; adakah itu bahasa Turki? Bahasa Sepanyol? Bahasa Korea? dll.
Mengenal pasti topik umum kandungan itu. Adakah ia mengandungi unsur membuli? Tuturan kebencian? Adakah ia hanya perbualan biasa?
Memutuskan tahap risiko kandungan. Jika penapis mengesan kandungan yang membuli, betapa kasar kandungan itu? Adakah ia sengaja menyakitkan hati atau kata-kata merendahkan di antara rakan?
Selain itu, ia perlu mempertimbangkan subversi, iaitu menggunakan salah ejaan, perkataan yang serupa bunyinya, tuturan yang digantikan dengan nombor, dan lain-lain untuk menggantikan perkataan yang akan ditapis.
Akhir sekali, ia mesti memutuskan sama ada mesej itu tidak sesuai dalam konteks mesej yang dihantar sebelum ini. Contohnya, daripada menulis “perkataan buruk”, sesetengah pemain akan cuba menulis “perkataan” [hantar mesej] dan kemudian, “buruk” [hantar mesej]. Seperti yang anda nampak, penapis ada banyak kerja!
Bagaimanakah Supercell menggunakan penapis?
Perasaan pemain sangat penting bagi kami. Namun, kami mesti memastikan semua orang mempunyai pengalaman yang seronok dan selamat semasa bermain permainan Supercell. Ini ialah keseimbangan yang sukar dicapai. Sesetengah pemain mungkin kecewa jika mesej sembang mereka ditanda dengan bintang tetapi sesetengah pemain mungkin tersinggung jika perkataan tertentu melepasi penapis. Salah satu sebab kami menyediakan pelbagai jenis klan dan kelab dalam permainan kami adalah supaya anda boleh mencipta pengalaman bermain yang sesuai untuk anda:
Klan dan kelab mesra keluarga menggunakan penapis yang lebih ketat. Untuk menjaga keselamatan pemain muda kami dengan lebih baik, kami mengambil perhatian khas untuk memastikan kami menapis kandungan yang boleh mendedahkan maklumat peribadi atau menujukan pemain muda ke lokasi berbeza dalam talian.
- Klan dan kelab standard menggunakan penapis yang lebih longgar. Sesetengah klan dan kelab standard akan menggunakan bahasa yang lebih matang berbanding yang lain dan banyak bahasa ini akan melepasi penapis! Semuanya bergantung pada klan atau kelab unik yang anda menyertai.
Membantu memastikan permainan kami selamat dan adil
Pada akhirnya, walaupun penapis ini cukup kuat, kami tahu ia tidak sempurna! Anda mungkin mendapati anda ditapis walaupun mengatakan sesuatu yang tidak berniat apa-apa. Pada masa lain, anda mungkin mendapati seseorang dapat mengatakan sesuatu yang tidak sesuai atau berbahaya. Apabila ini berlaku, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah memaklumkan kami!
Jika sesuatu ditapis dan anda rasakan ia tidak patut ditapis, hubungi pasukan sokongan dan memberitahu kami!
Jika sesuatu tidak ditapis dan anda rasakan ia patut ditapis, melaporkan pemain berkenaan supaya kami boleh menyemaknya.
Bantu pemain lain
Penapis ialah salah satu barisan pertahanan yang memastikan keselamatan permainan kami. Satu lagi itu ialah anda! Bantu menjadikan permainan kami lebih selamat dengan:
Melaporkan kelakuan yang tidak sesuai atau menimbulkan gangguan.
- Menghormati batasan. Contohnya:
Menyelesaikan konflik antara satu sama lain sebelum menyerahkan kepada moderator untuk mengambil tindakan.
Bagi ketua klan/kelab/kejiranan/pasukan petugas: menetapkan jangkaan untuk ahli dalam profil anda.
Berbuat baik dan saling menghormati.
Soalan Lazim
“Mesej sembang klan saya sentiasa ditapis walaupun menggunakan kandungan biasa yang tidak menyinggung perasaan! Kenapa?”
Adakah anda bersembang dalam bahasa yang disokong oleh permainan kami? Jika permainan itu belum diterjemahkan ke bahasa anda, kemungkinan besar penapis kami belum diterjemahkan juga. Kami sentiasa berusaha untuk menambah bahasa baharu ke penapis, namun ini akan memakan sedikit masa sebelum bahasa yang anda menggunakan disokong.
“Mengapakah saya tidak boleh menggunakan nama sebenar sebagai nama pemain atau menyebutnya dalam mesej sembang?”
Penapis kami menyekat banyak percubaan untuk menggunakan nama sebenar dalam permainan kami secara proaktif (walaupun anda mungkin boleh melakukannya dalam klan atau kelab standard). Sila ingat bahawa berkongsi maklumat peribadi melanggar Dasar Bermain dengan Selamat dan Adil kami!
Anda juga perlu tahu bahawa penapis mencari sebarang kandungan yang menyerupai nama peribadi. Ini bermakna semua nama pemain cubaan yang menyerupai nama peribadi mungkin disekat - walaupun ia bukan nama peribadi anda.