Berhenti dan Tukar!
Pedagang boleh ditemui di tebing Sungai Royale (semasa Perang Klan) dan di kedai (mulai Arena 3).
Setiap hari, dia akan menawarkan 3 kad yang anda boleh tukar.
Setiap penukaran memerlukan satu Token Penukaran yang sepadan dengan kenadiran kad yang ditukar. Anda boleh membuat penukaran tanpa had selagi anda mempunyai Token Penukaran.
Jika anda tidak berpuas hati dengan kad yang ada, anda boleh rawak semula menggunakan 10 permata.
Apakah Kad Yang Tersedia?
Jika anda berada di Arena 7 atau lebih tinggi, penukaran Kad Legenda juga akan muncul kira-kira 4 kali setiap 30 hari! Penukaran Kad Epik akan muncul setiap hari Ahad, manakala hari lain ialah penukaran untuk Kad Biasa dan Jarang.
Anda tidak boleh menukar kad yang anda belum buka.
Kad Tahap Maksimum
Anda masih boleh menukar kad yang telah mencapai tahap maksimum. Nilai kad ditukar kepada Kristal.
Sekiranya anda akan menerima kad maksimum daripada penukaran, anda akan menerima:
1 Kristal untuk setiap Kad Biasa
6 Kristal untuk setiap Kad Jarang
60 Kristal untuk setiap Kad Epik
600 Kristal untuk setiap Kad Legenda
Sebaliknya, jika anda perlu memberikan kad tahap maksimum, anda perlu membelanjakan nilai emasnya:
Kad Biasa bernilai 5 emas
Kad Jarang bernilai 25 emas
Kad Epik bernilai 100 emas
Kad Legenda bernilai 7500 emas