Selamat datang ke Taktik Gabungan, mod permainan di mana empat pemain dipertemukan dalam pertempuran berasaskan pusingan yang melibatkan kombat dan perdagangan. Beli, jual, gabung, lawan!
Cara main
Pusingan terdiri daripada Fasa Pengerahan dan Fasa Pertempuran.
Fasa Pengerahan: Beli, jual, gerak, dan gabungkan askar.
Fasa Pertempuran: Askar yang dikerahkan akan mula bertempur secara automaik. Anda hanya boleh terus membeli dan menjual semasa fasa ini, tetapi hanya antara bangku dan kedai.
Setiap pemain mendapat empat Eliksir Emas setiap pusingan untuk membeli askar. Ketik kad untuk mengerahkan askar serta-merta, atau seret dan lepaskannya untuk memilih kedudukan tepat di arena.
Kedai terletak di bahagian bawah skrin, menawarkan 3 pilihan kad. Pilihan kad hanya akan disegarkan semula untuk menawarkan tiga kad berbeza apabila satu kad dibeli. Pilih kad yang sepadan dengan askar yang telah anda kerahkan ke arena untuk menggabungkannya menjadi versi lebih kuat, atau pilih kad lain dengan ciri yang sepadan untuk mengaktifkan bonus berkuasa!
Askar
Semua pemain mempunyai akses kepada kumpulan kad yang sama, jadi anda tidak perlu membawa dek anda! Mengerahkan askar dalam Taktik Gabungan memerlukan Eliksir Emas. Askar yang lebih kuat memerlukan lebih banyak Eliksir Emas, dan kosnya tidak semestinya sama dengan kos Eliksir biasa kad tersebut. Anda boleh menjual askar yang telah anda kerahkan dengan menyeretnya kembali ke kedai, atau mengalihkannya ke bangku jika anda ingin membuka ruang untuk askar lain di arena tanpa menjualnya.
Anda boleh membeli pendua askar untuk menggabungkannya dan menjadi askar lebih kuat dan menerima satu Eliksir Emas tambahan. Namun, penggabungan tidak boleh dibatalkan! Menjual askar yang digabungkan akan memulangkan jumlah kos penggabungan, tolak satu Eliksir Emas.
Bangku
Askar di bangku tidak mengambil bahagian dalam Fasa Pertempuran. Jika had askar telah dicapai, askar tambahan yang dibeli akan diletakkan di bangku. Askar yang dibeli semasa Fasa Pertempuran akan disimpan di bangku, tetapi jika merupakan pendua, ia akan bergabung secara automatik pada permulaan Fasa Pengerahan seterusnya.
Askar di bangku pihak lawan anda akan kelihatan sebagai bayangan. Anda boleh melihat jumlah askar yang ada, tetapi tidak akan mengetahui jenis askar tersebut sehingga mereka dikerahkan.
Pemerintah
Pemerintah — wajah kepada Taktik Gabungan! Pemerintah menerima kerosakan apabila kalah pusingan, dan dikalahkan apabila nilai nyawa mereka mencapai sifar.
Setiap Pemerintah mempunyai keupayaan pasif yang unik. Anda boleh membuka lebih banyak Pemerintah dan menaik taraf mereka dengan memperoleh Kad Pemerintah di Jalan Liga!
Misi Pemerintah
Setiap Pemerintah mempunyai Misi Pemerintah untuk dilengkapkan semasa pertempuran. Ia dibahagikan kepada 3 fasa, dan anda akan memperoleh Orb Misi yang sepadan dengan melengkapkan setiap fasa. Orb Misi mengandungi ganjaran yang boleh membantu ada mengubah arus pertempuran!
Orb Misi mempunyai 3 peringkat, diberikan berdasarkan pencapaian Misi Pemerintah. Setiap Orb mengandungi beberapa ganjaran, termasuk eliksir bonus, satu pelengkapan, dan satu askar:
- Peringkat 1: 6 eliksir dan pelengkapan
- Peringkat 2: 12 eliksir dan pelengkapan
- Peringkat 3: +1 saiz pasukan dan satu askar rawak berkos 3, 4 atau 5 eliksir
Anda boleh melihat Misi Pemerintah dengan mengetik pemerintah dalam tab Koleksi, kemudian mengetik ikon keupayaan pemerintah.
Pengubah Suai
Pengubah suai menetapkan peraturan pertempuran berbeza untuk keempat-empat pemain! Pengubah suai rawak akan digunakan pada permulaan setiap permainan Taktik Gabungan.
Anda akan membuka pengubah suai pertama apabila mencapai Gangsa II di Jalan Liga. Lebih banyak pengubah suai akan dibuka apabila anda mara ke liga lebih tinggi! Berikut ialah senarai penuh:
Bangunan
Bangunan pengubah suai akan muncul di bangku dan hanya akan menyertai pertempuran apabila anda mengerahkannya. Tidak seperti askar, bangunan tidak boleh dialihkan atau dijual selepas dikerahkan.
Bangunan tidak kehilangan nilai nyawa secara beransur-ansur, hanya apabila diserang! Setiap bangunan bertindak secara individu, dengan jarak, kerosakan dan nilai nyawa unik. Bangunan juga tidak dikira dalam saiz pasukan atau pengurangan nilai nyawa Pemerintah.
Jalan Liga
Capai kemenangan dan raih Bintang Keluli dalam permainan Taktik Gabungan untuk mara di Jalan Liga dan memperoleh kad! 3 pemain teratas dalam liga tertinggi, Liga Berlian, akan dipaparkan di papan pendahulu untuk dilihat semua orang!
Empat pemain bersaing dalam setiap perlawanan, tetapi hanya pemain di tempat pertama dan kedua akan dianggap pemenang. Ganjaran untuk pemenang termasuk:
Ganjaran Pertempuran
1 mahkota untuk setiap pusingan yang dimenangi
Bintang Keluli
Sila ambil perhatian! Ganjaran Bintang Keluli berbeza berdasarkan kedudukan akhir anda pada akhir permainan, dan perbezaan trofi antara semua pemain dalam permainan tersebut. Tempat pertama akan memperoleh dua kali ganda Bintang Keluli berbanding tempat kedua, manakala tempat keempat akan kehilangan dua kali ganda Bintang Keluli berbanding tempat ketiga.
Ciri
Apabila cukup askar berkongsi ciri yang sama dikerahkan ke medan pertempuran (Askar di bangku tidak dikira), ciri itu akan diaktifkan untuk memberikan kuasa tambahan.
Kerahkan askar dengan ciri yang sama untuk mengaktifkan bonus kuat! Ciri boleh dilihat pada kad di tab Taktik Gabungan.
Rujuk senarai di bawah untuk penerangan terperinci bagi setiap ciri.
Klan (Orang Gasar, Pemanah, Permaisuri Pemanah, Valkyrie, Ahli Sihir, Gergasi)
HP 50% ke bawah: Sekutu memulihkan HP dan mendapat bonus kelajuan serangan 3s (Sekali setiap pusingan)
- 2 askar: +30% pemulihan HP, +30% kelajuan serangan
- 4 askar: +50% pemulihan HP, +50% kelajuan serangan
- 6 askar: +100% pemulihan HP, +100% kelajuan serangan
Bangsawan (Kesatria, Musketeer, Putera, Kesatria Emas, Puteri, Gergasi Diraja)
Semua sekutu melakukan kerosakan bonus dan menerima kerosakan dikurangkan
- 2 askar: -15% kerosakan diterima, +15% kerosakan
- 4 askar: -30% kerosakan diterima, +30% kerosakan
- 6 askar: -60% kerosakan diterima, +60% kerosakan
Goblin (Goblin Penghancur, Goblin, Goblin Damak, Mesin Goblin, Kurungan Goblin, Goblin Lembing)
Kombat Mula: Memberikan Orb Goblin rawak
- 2 askar: Dapat Goblin 2 atau 3 Eliksir
- 4 askar: Dapat Goblin 3 atau 4 Eliksir
- 6 askar: Dapat Goblin 2, 3 dan 4 eliksir setiap pusingan
Mayat Hidup (Kerangka Naga, Rangka Gergasi, Sihir Perempuan, Raja Rangka, Hantu Diraja, Pengebom)
Setiap sekutu yang tewas meningkatkan HP dan kerosakan semua sekutu sepanjang permainan.
- 2 askar: +1%
- 4 askar: +2%
- 6 askar: +6%
Hutan (Penembak Mercun, Bandit, Pemanah Ajaib, Ketua Bandit, Bayi Naga)
Sekutu mendapat kelajuan serangan bonus. Setiap beberapa saat, sekutu dengan HP terendah menjadi halimunan 2.5s.
2 askar: +15% kelajuan serangan, 4.5s
4 askar: +30% kelajuan serangan, 3.5s
6 askar: +60% kelajuan serangan, 2.5s
Penunggang (Penunggang Khinzir, Putera, Putera Kejahatan, Penunggang Bebiri)
Jubin disentuh Penunggang dibangkitkan, memberi sekutu di jubin bonus serangan dan kelajuan pergerakan.
- 1 askar: 30%, 30%
- 2 askar: 60%, 60%
- 3 askar: 120%, 120%
- 4 askar: 400%, 400%