Clash Berevolusi!
Tambahkan dimensi baharu pada pertarungan dengan Kad Evolusi dan bawa keupayaan unik ke medan pertempuran!
Cara Mengevolusikan Kad
Kumpulkan enam Syard Evolusi untuk kad tertentu akan membuka bentuk evolusinya. Dapatkan Syard Evolusi daripada:
Pass Royale (Dibuka di Arena 2)
Cabaran
Acara
Tawaran Kedai
Peti Bertuah Ajaib
Peti Bertuah Bermusim
Jalan Trofi
Kotak Evolusi
Ketahui lebih lanjut mengenai syard evolusi di sini.
Cara Ia Berfungsi
Slot Evolusi
Sabar dulu! Pastikan anda meletakkan Kad Evolusi dalam slot evolusi atau slot bebas di dek anda sebelum menyertai pertempuran. Anda akan tahu kad telah diletakkan dalam slot yang betul apabila kad itu nampak dicas dan penampilan askar tersebut berubah kepada bentuk evolusi mereka.
Sekiranya kad evolusi diletakkan dalam slot biasa, kad tersebut tidak akan muncul dalam bentuk evolusinya, jadi ia akan berfungsi seperti biasa dalam pertempuran.
Slot yang membolehkan anda menggunakan Evolusi akan dibuka apabila anda mencapai pencapaian berikut:
| Arena Diperlukan | |
|---|---|
| Slot Evolusi | Arena 3 - Mangkuk Orang Gasar (600 trofi) |
| Slot Bebas | Arena 10 - Gunung Penunggang Khinzir (3000 trofi) |
Kad Evolusi dalam Pertempuran
Kuasa evolusi kini di hujung hari anda! Kad evolusi membawa keupayaan yang lebih hebat ke medan perang. Untuk melihat keupayaan yang ditingkatkan Kad Evolusi, ketik tab Evolusi pada halaman kad.
Kad Evolusi tidak akan muncul dalam bentuk evolusinya serta-merta. Kad mesti dimainkan beberapa kali dalam pertempuran (sehingga berlian di bahagian atas kad bertukar ungu) sebelum Kad Evolusi diaktifkan. Bentuk evolusi akan diaktifkan pada kali seterusnya kad itu dimainkan!
Apabila dimainkan, Kad Evolusi akan menggunakan keupayaan unik mereka secara automatik.
Apabila Kad Evolusi digunakan, proses ini berulang, dan kad perlu dimainkan beberapa kali lagi untuk mengaktifkan semula bentuk evolusinya.
Bila Kad Evolusi Boleh Digunakan?
Kad Evolusi boleh digunakan dalam sebarang mod yang menyokong dek peribadi anda. Namun, Kad Evolusi mungkin mempunyai penggunaan terhad dalam:
Acara Bermusim: Acara Bermusim yang menggunakan dek acara boleh mengehadkan penggunaan Slot Evolusi dan Kad Evolusi.
Acara Cabaran: Acara Cabaran yang menggunakan dek acara mungkin mengehadkan penggunaan Slot Evolusi dan Kad Evolusi.
Cabaran Draf Mega: Kad Evolusi tidak tersedia, tetapi mungkin tersedia untuk cabaran tertentu.