Bersedia untuk Bertarung!
Kad ialah bahagian paling penting dalam pertarungan! Tanpa berlengah, mari kita pelajari tentang kad dan bagaimana kad membantu anda mencapai kegemilangan!
Kad mengerahkan unit ke dalam arena. Kad ada dalam lima kenadiran:
Biasa
Jarang
Epik
Legenda
-
Juara
Kad Biasa, Jarang & Epik
Memang boleh diharap! Kad Biasa, Jarang dan Epik boleh diperoleh melalui:
Peti
Tawaran kedai
Jalan Trofi
Pedagang
Item ajaib
Acara
Kad Legenda
Memang legenda! Kad Legenda dibuka di arena 11 dan boleh diperoleh melalui:
| Peti | Kad Legenda boleh muncul dalam semua jenis peti kecuali Peti Epik dan Peti Perang peringkat rendah! |
| Pedagang | Anda boleh membuka Kad Legenda baharu dengan menukar Kad Legenda yang anda miliki dengan rakan klan anda atau pedagang. |
| Jalan Trofi | Anda boleh mendapatkan Kad Legenda melalui Jalan Trofi dengan mencapai jumlah trofi tertentu. |
| Tawaran kedai | Kad Legenda akan mula muncul di kedai sebaik sahaja anda mencapai Arena 11 (3400 trofi). Kad ini tersedia untuk 15,000 emas. |
| Kad Bebas Legenda | Kad Bebas Legenda akan memberikan anda peluang untuk menaik taraf mana-mana Kad Legenda! |
Tahap Kad
Naik taraf kad sehingga ke tahap 16! Setiap tahap yang dicapai meningkatkan kerosakan dan nilai nyawa unit kad.
Gunakan emas bersama kad jenis yang sama atau Kad Bebas untuk menaik taraf kad. Anda juga boleh menggunakan permata untuk membeli baki kad atau emas yang diperlukan untuk menaik taraf.
Tahap Bintang
Dibuka pada Arena 5, Mata Bintang boleh digunakan untuk menaik taraf tahap bintang kad pada tahap 7 atau ke atas, yang akan mengubah penampilan visual unit itu. Tahap bintang tidak mempengaruhi permainan.
Sesetengah kad mempunyai maksimum tiga tahap bintang, manakala yang lain hanya mempunyai dua tahap bintang. Ketik ikon bintang daripada paparan kad untuk melihat penampilan mereka pada tahap bintang yang berbeza..
Memperoleh Mata Bintang dengan menaik taraf atau menderma kad.
Kad mungkin perlu berada pada tahap tertentu sebelum tahap bintang baharu boleh dicapai.
Sila ambil perhatian! Anda tidak akan memperoleh Mata Bintang apabila menaik taraf kad ke tahap 15 dan ke atas.
Penguasaan Kad
Selesaikan tugas penguasaan kad untuk memperoleh lencana dan ganjaran menarik. Baca lebih lanjut di sini.
Item Ajaib
Naik taraf mengambil masa terlalu lama? Gunakan item ajaib untuk membantu menaik taraf tahap kad dengan lebih cepat. Baca lebih lanjut di sini.
Dek
Cipta dan simpan sehingga 10 dek bagi setiap mod dalam Jalan Trofi dan mod lain dengan pembina dek! Jika ada suka sesuatu dek, anda juga boleh menyalin dan menampal dek merentasi mod permainan!
Salin dek dengan membuka menu hamburger di paparan dek dan ketik 'salin'.
Tukar ke mod permainan yang anda inginkan melalui menu hab pertempuran.
Tampal dek ke dalam slot.
Sila ambil perhatian! Pertandingan Peribadi dan Pertempuran Persahabatan tidak mempunyai dek sendiri, dan menggunakan dek Jalan Trofi.
Slot Dek
Untuk menggunakan bentuk kad khas atau Kad Juara, anda perlu meletakkannya pada slot yang betul dalam dek anda. Terdapat tiga slot dek khas:
Slot Evolusi
Slot Wira
Slot Bebas
Buka slot ini dengan maju di Jalan Trofi!
Slot Evolusi
Letakkan kad dengan evolusi yang dibuka pada slot evolusi untuk mengaktifkannya. Buka slot evolusi di Arena 3!
Slot Wira
Slot wira boleh digunakan untuk mengaktifkan wira atau juara. Dibuka di Arena 5!
Slot Bebas
Slot Bebas ini… agak padu! Gunakannya untuk mengaktifkan bentuk kad khas yang telah anda buka atau kad Juara. Buka slot bebas di Arena 10!
Jika kad yang diletakkan di sini mempunyai kedua-dua bentuk evolusi dan wira, ketik kad dan butang penukar untuk bertukar antara kedua-dua bentuk.
Pengetahuan Berguna
Perlukan bantuan mencari kad? Gunakan penapis Koleksi Kad dan cari jenis kad tertentu.
Fungsi Dek Perang sedikit berbeza dan hanya boleh digunakan dalam Perang Klan. Baca lebih lanjut di sini.