Kami memahami keadaan anda. Memang tidak menyenangkan apabila seseorang menceroboh akaun anda. Sebaiknya anda menukar kata laluan e-mel anda sebaik sahaja anda mendapati sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Amaran Log Masuk Supercell ID Luar Biasa
Anda akan menerima e-mel daripada Supercell apabila seseorang log masuk ke Supercell ID anda pada peranti baharu. E-mel ini akan memberikan maklumat peranti dan lokasi log masuk. Jika anda tidak mengenali log masuk ini, pilih ‘Ini bukan peranti saya’. Ini akan membawa anda ke halaman untuk log keluar Supercell ID pada semua peranti.
Ini sepatutnya akan menghalang sesiapa daripada mengakses akaun anda buat sementara. Apabila anda log masuk semula ke akaun anda, anda disyorkan untuk menukar alamat e-mel yang disambungkan kepada Supercell ID anda. Jika anda telah mengaktifkan Perlindungan Akaun, anda boleh melakukannya sendiri tanpa perlu menghubungi pihak Sokongan.
Perlindungan Akaun
Perlindungan Akaun ialah lapisan keselamatan tambahan yang boleh anda gunakan pada Supercell ID anda. Ia berfungsi dengan menjana kod pemulihan dan mengintegrasikan pengesahan SMS, membolehkan anda set semula akses atau menukar alamat e-mel Supercell ID dengan selamat.
Sila ambil perhatian! Kod pemulihan dan kod pengesahan SMS tidak patut dikongsikan dengan sesiapa kecuali ejen Sokongan Supercell. Ejen hanya akan meminta kod seperti ini dalam tiket Sokongan yang dibuka melalui bahagian ‘Bantuan dan Sokongan’ dalam permainan.
Hubungi Sokongan
Pasukan Sokongan kami ada di sini untuk membantu anda mendapatkan kembali akaun anda. Jika kami dapat mengesahkan bahawa anda ialah pemilik Supercell ID ini, kami akan memastikan orang lain tldak lagi dapat mengakses akaun dengan menukar e-mel yang disambungkan kepadanya. Anda akan diminta untuk memberikan alamat e-mel baharu yang belum disambungkan kepada Supercell ID dalam proses pemulihan.
Anda boleh menghubungi kami dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.
- Buka permainan anda.
Buka Tetapan dan pilih ‘Bantuan dan Sokongan’.
Ketik ikon menu hamburger di sudut kanan atas skrin anda dan hubungi kami.
Apabila menghubungi kami, pastikan anda menyertakan butiran akaun anda yang berikut supaya kami dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
ID pemain/tag pemain
Nama akaun
Tahap akaun (cth. ‘Dewan Bandaran 10’, ‘XP 9’)
Nama klan/kelab/kejiranan/pasukan petugas akaun anda sekarang, jika ada.
ID transaksi untuk pembelian yang anda pernah buat pada akaun ini.
Pastikan anda tidak sekali-kali berkongsi butiran log masuk anda dengan sesiapa. Berkongsi akaun melanggar Terma Perkhidmatan (dalam Bahasa Inggeris) kami dan kami berhak untuk menggantung atau menolak perkhidmatan untuk akaun yang dikongsi atas budi bicara kami sendiri.