Sesetengah tawaran di kedai dalam permainan kami adalah berdasarkan cara anda bermain permainan kami. Sekiranya anda tidak mahu menerima tawaran diperibadikan ini, anda boleh mematikannya dalam tetapan permainan dengan mematikan pilihan kedai tersuai.
Pilihan ini adalah khusus untuk setiap permainan, jadi anda boleh menetapkan pilihan yang berbeza bagi setiap permainan kami.
Semasa memilih untuk terima atau tidak terima tawaran disasarkan, mungkin terdapat kelewatan sedikit sebelum perubahan itu mengambil kesan.
Sila ambil perhatian! Sekiranya anda memilih untuk mematikan pilihan ini, tawaran yang anda terima mungkin kurang sesuai dengan minat anda, tetapi anda masih boleh menerima tawaran kedai berdasarkan konteks dan tawaran umum.