Menjual, membeli, berkongsi atau memberikan akaun permainan kepada pemain lain adalah melanggar Terma Perkhidmatan kami. Setiap akaun permainan harus digunakan oleh hanya seorang pemain.
Risiko Berkongsi Akaun
Perkongsian akaun boleh menjejaskan privasi anda dan keselamatan akaun-akaun anda yang lain. Jika anda berkongsi akaun anda bersama pemain lain, mereka mungkin mengawal akaun itu dan anda mungkin takkan mendapatkannya kembali.
Berkongsi akaun juga boleh menyebabkan akaun tersebut disalahgunakan, seperti penggunaan sumber tanpa kebenaran atau tingkah laku yang mengganggu pemain lain, yang boleh menyebabkan akaun dikenakan penalti. Selain itu, jika Supercell mengesan akaun dikongsi, akaun itu akan digantung dan mungkin disekat secara kekal.