Adil Itu Seronok!
Walaupun kami berusaha untuk memastikan semua aspek permainan kami adil, perkara ini menjadi lebih penting apabila pemain dan permainan mencapai tahap permainan profesional. Seperti atlet Sukan Olimpik dan atlet profesional yang mengekalkan standard lebih tinggi, kami menyemak setiap akaun kompetitif (ada kalanya lebih daripada sekali) untuk memastikan tiada sebarang tanda penipuan. Jika sebarang penipuan dikesan, akaun tersebut akan hilang kelayakan untuk bertanding dan digantung, malah mungkin disekat secara kekal.
Pertandingan
Bagi pelbagai pertandingan yang dianjurkan untuk permainan kami, pendekatan dan respons kami mungkin berbeza sedikit. Anda boleh mendapatkan butiran lanjut melalui saluran media sosial setiap pertandingan, serta melalui tab e-sukan dalam permainan. Namun, cara paling selamat ialah sentiasa mengelakkan sebarang elemen atau taktik yang memberikan anda kelebihan yang tidak adil berbanding pesaing anda.