Klan memainkan peranan penting dalam kehidupan Clash seharian kita.
Sama ada anda mahu menyertai Perang Klan untuk berseronok atau anda cuma suka berbual dan bertukar kad untuk berusaha menaikkan tahap Orang Gasar Elit ke tahap 14, menyertai klan yang betul adalah sangat penting.
Apakah klan yang sesuai untuk saya?
Apabila mencari klan, anda akan nampak 3 ikon di bawah namanya yang sama ada berwarna hijau atau kelabu.
Hijau bermakna “Ya” dan kelabu bermakna “Tidak”.
Maksud ikon-ikon ini adalah seperti berikut:
Ikon Perang Klan menunjukkan jika klan itu aktif dalam perang
Ikon kad menunjukkan jika klan itu aktif menderma
Ikon rakan menunjukkan jika rakan anda ialah sebahagian daripada klan itu
Faktor yang disebutkan di atas dapat membantu anda memilih klan yang sesuai dengan gaya main anda.
Klan Mesra Keluarga
Apabila mencipta klan, anda boleh memilih untuk menjadikannya mesra keluarga. Jika dipilih, ini bermakna pemain semua peringkat umur boleh menyertainya.
Klan semasa juga boleh ditukar menjadi klan mesra keluarga tetapi sila ingat bahawa anda tidak boleh berbalik ke klan biasa. Jika anda tidak dapat menukarkan klan anda menjadi Klan Mesra Keluarga, ini mungkin sebab nama klan anda tidak sesuai untuk Klan Mesra Keluarga. Jika ini berlaku, kami perlu meminta anda mencipta klan baharu. Jika anda rasa penilaian penapis nama terlalu keras, sila hubungi bahagian sokongan kami.
Merekrut ahli baharu
Memiliki ahli klan yang sesuai adalah penting dalam memperoleh keputusan yang baik dalam Perang Klan.
Kaedah merekrut kegemaran kami ialah:
- Merekrut melalui forum (berpeluang bertemu dengan pemain hebat dari seluruh dunia)
- Ajak kawan untuk menyertai anda (tiada apa yang lebih seronok daripada bermain dengan kawan baik anda dalam Perang Klan)
- Discord (kegemaran kami, baca di bawah untuk maklumat lanjut)
Discord
Dengan sekitar 250,000 ahli, pelayan Discord kami ialah tempat terbaik untuk mencari klan atau merekrut anggota baharu.
Pastikan anda melayari saluran-saluran khusus untuk klan. Kami pasti anda akan menemukan apa yang anda cari-carikan!