Item ajaib ialah sumber yang direka untuk mempercepat kemajuan anda serta memberi anda lebih banyak kawalan dan pilihan semasa anda bermain!
Kad Bebas
Kristal
Posyen Galakan Kad
Syard Bebas
Kad Bebas
Kad Bebas boleh digunakan untuk meningkatkan kad dengan kenadiran yang sama! Kenadiran Kad Bebas termasuk:
Kad Bebas Biasa
Kad Bebas Jarang
Kad Bebas Epik
Kad Bebas Legenda
Kad Bebas Juara
Kad bebas dari peti
Dalam kes ini, kad akan disimpan dalam inventori item ajaib anda untuk digunakan kemudian.
Kebarangkalian Kad Bebas muncul dalam peti bergantung pada tahap peti itu.
Bermula dari Arena 4, semua peti kecuali Peti Bertuah Standard dan Peti Bertuah Bermusim boleh mengandungi Kad Bebas, manakala Peti Raja dan Peti Raja Legenda dijamin mengandungi sejumlah Kad Bebas!
Syard Bebas
Syard Bebas boleh menyumbang satu Syard Evolusi kepada kad evolusi pilihan anda, membawa anda lebih dekat untuk membukanya.
Syard Bebas tersedia di kedai dan Pass Royale.
Anda boleh memiliki sehingga enam Syard Bebas.
Posyen Galakan Kad
Posyen Galakan Kad menggalakkan salah satu kad anda sehingga sepadan dengan tahap Menara Raja anda untuk sementara. Galakan kad akan digunakan dalam semua mod permainan yang menggunakan dek anda sendiri. Kad dalam koleksi anda yang digalakkan akan ditandai dengan label 'DIGALAKKAN', dan anda boleh mengetiknya untuk melihat baki tempoh kesannya. Galakan akan kekal selama 3 jam setelah diaktifkan.
Anda boleh memiliki maksimum lapan Posyen Galakan Kad.
Tempat Mendapatkan Item Ajaib
item ajaib boleh didapati di semua tempat dalam permainan!
Pass Royale: Untuk pemain dengan Pass Royale, Kad Bebas (dan item ajaib lain) akan tersedia di kebanyakan peringkat dan memberikan anda lebih banyak kebebasan memilih! Usah risau jika anda tidak mempunyai Pass Royale! Item Ajaib sentiasa ada di laluan ganjaran percuma juga.
Jalan Trofi: Kad Bebas akan tersedia di Jalan Trofi dan menggantikan kad dengan kenadiran yang sama.
Cabaran: Kad Bebas boleh tersedia selepas jumlah kemenangan tertentu.
Berperingkat: Kad Bebas boleh diperoleh apabila anda menaiki peringkat dalam perjalanan menuju ke Juara Mutlak!
Tawaran kedai: Semua item ajaib akan tersedia, tetapi Kad Bebas mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk muncul.
Peti Bertuah Ajaib: Selain ganjaran lain, anda boleh memperoleh Kad Bebas dan Syard Evolusi daripada Peti Bertuah Ajaib.
Inventori Item Ajaib
Anda boleh melihat inventori Item Ajaib menerusi tabl ‘Koleksi’. Item ajaib yang anda miliki sekarang dipaparkan di sini, bersama had maksimum setiap item ajaib yang boleh anda miliki.
Inventori akan disemak semasa mengumpul item ajaib daripada Pass Royale, Jalan Trofi, cabaran dan Kejohanan Global. Jika inventori telah penuh, anda boleh:
Gunakan item ajaib yang sedia ada untuk membuat ruang
Tuntut item item ajaib baharu untuk menukarkannya serta automatik, seperti ditunjukkan di bawah:
| Item Ajaib | Penukaran |
| Kad Bebas | Kad rawak daripada kenadiran yang sama |
| Posyen Galakan | Emas |
Jika inventori anda hampir penuh dan akan melepasi had jika mengumpul lebih banyak item ajaib, inventori akan melimpah dan item ajaib tidak akan ditukar. Contohnya: Anda mempunyai 900/1000 Kad Bebas, dan anda mendapat 200 lagi, inventori anda selepas ini akan menjadi 1100/1000 dan bukannya 1000/1000.
Inventori Melebihi Had akibar pembelian dari dalam aplikasi.
Inventori item ajaib anda akan melebihi had biasa jika item ajaib baharu diperoleh daripada pembelian dalam aplikasi.
Pengetahuan Berguna
Kad Bebas boleh muncul dalam peti selepas Arena 4! Kebarangkalian Kad Bebas muncul dalam peti bergantung kepada tahap arena peti - semakin tinggi arena, semakin tinggi kebarangkaliannya.