Clash Royale mempunyai penapis bahasa kesat yang menghalang penggunaan perkataan yang menyakitkan hati atau kasar dalam ruangan bual klan.
Anda boleh menghidup atau mematikan penapis ini di halaman Tetapan. Apabila penapis dihidupkan, ia akan menggunakan asterisk untuk menggantikan kata-kata kesat itu.
Ambil perhatian juga bahawa penapis tidak berfungsi secara retrospektif, jadi jika sesuatu yang menyakitkan hati diluahkan ketika penapis dimatikan, kata-kata ini tidak akan digantikan dengan simbol bintang apabila penapis dihidupkan.
Dalam sesetengah kes, penapis bahasa kesat boleh menjadi agresif, malah meletakkan simbol bintang pada ungkapan yang tidak salah. Kami akan cuba memperbaiki perkara ini untuk mencari perkataan yang tidak menyenangkan sahaja.