Pernahkah anda perasan bahawa ciri dalam permainan anda kelihatan sedikit berbeza daripada ciri yang dimiliki oleh rakan atau pencipta kandungan? Ini berkemungkin disebabkan ujian A/B.
Apa itu Ujian A/B?
Dalam ujian A/B, pemain dibahagikan secara rawak kepada dua atau lebih kumpulan dan menerima versi permainan yang sedikit berbeza untuk menentukan versi yang menunjukkan prestasi lebih baik. Contohnya, versi tersebut mungkin menggunakan jenis tugas berbeza, ganjaran yang berbeza, atau memberikan akses awal kepada ciri baharu.
Mengapa Kami Melakukan Ini?
Kami mengutamakan usaha untuk memastikan pemain mendapat pengalaman yang terbaik. Ujian A/B ialah cara yang bagus untuk melihat reaksi pemain terhadap perubahan tertentu atau ciri baharu. Metrik yang diterima melalui ujian-ujian ini boleh digunakan untuk membuat perubahan dan penambahbaikan sebelum melancarkan suatu ciri kepada semua pemain.
Itulah sebabnya anda mungkin mendapati bahawa ciri permainan anda sedikit berbeza daripada yang dimiliki oleh pemain lain. Namun, usah risau! Apabila dah jelas apakah yang terbaik untuk pemain dan masa depan permainan, semua pemain akan menerima hasil yang sama.