Kami berhak mengenakan hukuman terhadap akaun yang melanggar Terma Perkhidmatan kami.
Biasanya, akaun dikenakan hukuman kerana:
Tingkah laku yang mengganggu secara sosial terhadap pemain lain (atau kakitangan Supercell).
Aktiviti menipu atau penipuan yang memberikan kelebihan tidak adil kepada pemain berbanding pemain lain.
Tingkah Laku Mengganggu
Kami percaya semua orang seharusnya dapat bermain permainan kami tanpa rasa takut direndahkan, dikecualikan, atau diganggu. Ia tidak wajar untuk mengejutkan atau menyinggung perasaan orang lain, menggunakan bahasa kasar atau berunsur kebencian, menunjukkan tingkah laku berunsur seksual yang berlebihan, atau mengundang ketegangan dalam kalangan pemain dengan mengaitkan ideologi politik secara eksplisit. Tingkah laku seperti ini tidak boleh diterima dalam permainan kami!
Penipuan dan Pemalsuan
Permainan kami bersifat kompetitif, yang bermaksud kami memandang serius aspek permainan yang adil. Mendapat kelebihan yang tidak adil melalui perbuatan curang seperti penggunaan perisian pihak ke-3, perkongsian akaun, memperoleh mata wang dalam permainan dengan harga lebih murah melalui penipuan, atau sebarang penipuan bentuk lain adalah tidak dibenarkan. ingkah laku sedemikian tidak akan diterima.
Apakah Jenis Hukuman Yang Ada?
Terdapat 3 jenis hukuman yang kami gunakan dalam Clash Royale. Ketik untuk maklumat lanjut:
Apa Yang Menentukan Jenis Hukuman Dan Tempohnya?
Keterukan atau pengulangan sesuatu tingkah laku akan menentukan jenis dan tempoh hukuman. Kadangkala, penggantungan sementara selama beberapa hari sudah cukup untuk mengingatkan seseorang bahawa tingkah laku mereka tidak wajar. Tetapi, jika tingkah laku yang sama berulang, kami mungkin akan menggantung akaun tersebut untuk jangka masa yang lebih panjang. Ini juga terpakai bagi keterukan. Jika tingkah laku yang mengganggu adalah lebih serius, kami mungkin akan menggantung akaun tersebut untuk jangka masa yang lebih panjang.
Sekiranya sesebuah akaun itu berulang kali menunjukkan tingkah laku yang sangat tidak wajar (seperti ucapan kebencian), atau terus menipu atau melakukan penipuan, akaun tersebut akan disekat secara kekal. Untuk kes aktiviti tidak sah yang melampau seperti kecurian akaun yang sistematik, kami akan mengenakan sekatan kekal dengan segera.
“Tetapi ini bukan kata-kata saya. Saya hanya memetik kata-kata orang lain!”
Kami tahu bahawa adalah perkara biasa untuk menggunakan kata-kata daripada meme atau lirik lagu terkini untuk meluahkan perasaan dalam permainan. Pada kebiasaannya kami meraikan perkara seperti ini!
Tetapi, jika kandungan meme itu bertentangan dengan salah satu polisi kami, atau jika lirik tersebut mengandungi kata-kata yang mungkin menyakitkan sesetengah pemain, kami tidak kira siapa yang menciptanya, kami hanya akan mengenakan hukuman ke atas akaun yang menggunakan kandungan tersebut dalam permainan kami!
Pengetahuan Berguna
Sila ambil perhatian, “tingkah laku mengganggu” dan “penipuan dan pemalsuan” mungkin bukan sebab anda menerima mesej pop timbul hukuman. Namun, jika anda menerima hukuman, ia akhirnya akan termasuk dalam salah satu kategori tersebut.
Untuk contoh tingkah laku yang lebih spesifik yang boleh mengakibatkan hukuman ke atas akaun, sila lihat senarai tingkah laku yang tidak dibenarkan.
Kadangkala, sesebuah akaun mungkin menerima amaran pop timbul tetapi masih boleh digunakan untuk bermain dan berbual seperti biasa. Ini bermakna akaun itu telah melanggar salah satu peraturan kami, tetapi hanya dalam tahap ringan, atau secara tidak sengaja. Oleh itu, Supercell hanya menghantar peringatan mesra tentang polisi kami tanpa mengenakan hukuman.