Jangan Bazir Masa!
Setiap hari, anda boleh memenangi pertempuran untuk memperoleh ganjaran pertempuran, menjadikan rasa kemenangan lebih manis! Ini yang anda boleh dapat:
- Peti Bertuah Ajaib Harian: Anda akan mendapat Peti Bertuah Ajaib bagi empat kemenangan pertama setiap hari!
Emas: Jika anda menang dalam pertempuran, anda akan diberi emas untuk sejumlah kemenangan tertentu setiap hari. Jumlah emas yang boleh anda dapat adalah berdasarkan arena semasa anda.
Kemajuan Pass: Anda akan mendapat 5 Mahkota bonus untuk tiga pertempuran pertama setiap hari.
Kepingan: Apabila Acara Album aktif, anda boleh memperoleh Kepingan setiap hari dengan menang dalam pertempuran.
Ganjaran pertempuran akan diset semula setiap hari pada masa yang sama dengan Tawaran Harian di kedai.
Menang Berturutan Harian
Tunjukkan dedikasi anda di arena dengan bertempur setiap hari! Selepas kemenangan pertama anda setiap hari, Menang Berturutan anda akan bertambah sebanyak 1. Rekod ini boleh ditemui di profil pemain anda untuk dilihat semua orang.
Ganjaran Kejar Ketinggalan
Terlepas sehari atau dua, atau sehingga 28 hari? Ganjaran Kejar Ketinggalan membolehkan anda menuntut sesetengah Ganjaran Pertempuran Harian yang anda terlepas semasa anda tidak bermain!
Apabila anda terlepas ganjaran sehari (sama ada tidak log masuk langsung atau tidak memenangi sebarang pertempuran), anda akan mula mengumpul Ganjaran Kejar Ketinggalan. Apabila anda kembali, Ganjaran Pertempuran Harian anda akan ditingkatkan oleh Ganjaran Kejar Ketinggalan!
Perlu diingat bahawa nilai ganjaran ini akan lebih rendah daripada jika anda telah menuntut Ganjaran Pertempuran Harian standard anda pada hari-hari yang anda terlepas.
Jika anda telah terlepas banyak hari, Ganjaran Kejar Ketinggalan anda mungkin akan dibahagikan kepada beberapa hari.
Sila ambil perhatian! Ciri ini masih dalam ujian, jadi Ganjaran Kejar Ketinggalan anda mungkin berbeza dengan pemain lain atau mungkin tidak muncul langsung buat masa ini.