Rasa Bertuah?
Peti Bertuah ialah peti penuh kejutan dengan pelbagai ganjaran menanti anda!
Peti Bertuah Standard
Peti Bertuah Standard ialah jenis Peti Bertuah yang paling asas. Peti ini boleh diketik tiga kali untuk peluang dinaik taraf ke kenadiran lebih tinggi. Ganjaran termasuk kad dan Emas.
Peti Bertuah Ajaib
Peti Bertuah Ajaib adalah seperti Peti Bertuah Standard tetapi lebih hebat. Peti ini boleh diketik empat kali untuk peluang dinaik taraf ke kenadiran lebih tinggi. Ganjaran termasuk kad, emas, dan item ajaib! Senarai ganjaran yang lebih terperinci boleh ditemui di bawah.
Peti Bertuah Bermusim
Peti Bertuah Bermusim ialah Peti Bertuah khas yang berpeluang mengandungi kad baharu dan item lain dari musim semasa! Peti ini boleh diketik empat kali untuk peluang dinaik taraf ke kenadiran lebih tinggi.
Kenadiran Peti Bertuah
Peti Bertuah ada lima kenadiran yang ditunjukkan dengan bilangan bintang (★). Lebih banyak bintang, lebih jarang Peti Bertuah itu. Ketik peti itu untuk lihat ganjaran hebat yang tersembunyi di dalam!
Menaiki arena untuk meningkatkan tahap Peti Bertuah anda dan meraih ganjaran yang lebih baik!
| Arena | |
|---|---|
| 1 | 1 |
| 2 | 2 |
| 3 | 3 |
| 4 | 4 |
| 5 | 5 |
| 6 | 6 |
| 7 | 7 |
| 8 | 8 |
| 9 | 9 |
| 11 | 10 |
| 13 | 11 |
| 16 | 12 |
| 19% | 13 |
| 22 | 14 |
| 25 | 15 |
| 28 | 16 |
Pada tahap peti tertinggi, Peti Bertuah Ajaib anda akan menerima penampilan baharu yang menarik! Cantiknya…
Di Manakah Peti Bertuah Boleh Ditemui?
Ingin cuba dapatkan satu atau dua Peti Bertuah? Berikut tempat anda boleh menemukan peti ini.
Peti Bertuah Ajaib:
Ganjaran Pertempuran Harian
Trek ganjaran Pass Royale
Cabaran
Ganjaran Pencapaian
Ganjaran Tahap Pengumpulan
Tawaran Rantaian
- Ganjaran Pertempuran Harian
Ganjaran Peti Bertuah Ajaib
Ganjaran Peti Bertuah Ajaib termasuk:
Emas
Kad & Kad Bebas
Emote & Sepanduk Pertempuran
Syard Evolusi
Peluang Naik Taraf Peti Bertuah
Peti Bertuah dibuka dengan beberapa ketikan, dan setiap ketikan memberi peluang untuk meningkatkan kenadirannya. Jadual di bawah menunjukkan peluang peningkatan bagi setiap kenadiran berdasarkan kenadiran permulaan Peti Bertuah Ajaib.
| Kenadiran Permulaan | 1 Bintang | 2 Bintang | 3 Bintang | 4 Bintang | 5 Bintang |
|---|---|---|---|---|---|
| Peti Bertuah Ajaib 1 Bintang | 31.64% | 43.04% | 20.25% | 4.06% | 1.01% |
| Peti Bertuah Ajaib 2 Bintang | 33.36% | 45.59% | 19.71% | 1.34% | |
| Peti Bertuah Ajaib 3 Bintang | 40.96% | 56.97% | 2.07% | ||
| Peti Bertuah Ajaib 4 Bintang | 96.00% | 4.00% | |||
| Peti Bertuah Ajaib 5 Bintang | 100.00% |
Jadual di bawah menunjukkan peluang untuk Peti Bertuah Standard dinaik taraf. Sila ambil perhatian bahawa Peti Bertuah Standard sentiasa bermula dengan kenadiran 1 bintang.
| Kenadiran Permulaan | 1 Bintang (Tiada Peningkatan) | 2 Bintang | 3 Bintang | 4 Bintang |
|---|---|---|---|---|
| Peti Bertuah Standard 1 bintang | 31.44% | 45.71% | 18.53% | 4.32% |
Contoh Peluang Ganjaran Peti Bertuah Ajaib untuk Peti Tahap 13+
| 1 Bintang | 2 Bintang | 3 Bintang | 4 Bintang | 5 Bintang | |
|---|---|---|---|---|---|
| Emas | 50.00% | 38.46% | 28.85% | ||
| Kad Bebas Biasa | 8.00% | 8.00% | |||
| Kad Bebas Jarang | 7.50% | 7.50% | |||
| Kad Bebas Epik | 7.00% | 7.00% | |||
| Kad Bebas Legenda | 6.50% | 6.50% | |||
| Kad Bebas Juara | 6.50% | 6.50% | |||
| 2 Syard Evolusi | 5.50% | ||||
| Evolusi Penuh | 5.00% | ||||
| Emote | 3.85% | ||||
| Sepanduk | 3.85% | ||||
| Kad Biasa | 25.89% | 20.11% | 18.75% | 16.44% | 16.58% |
| Kad Jarang | 24.11% | 18.72% | 17.46% | 15.30% | 15.43% |
| Kad Epik | 18.86% | 17.59% | 15.42% | 15.55% | |
| Kad Legenda | 10.41% | 9.12% | 9.20% | ||
| Kad Juara | 3.10% | 2.72% | 2.74% |
Contoh Peluang Ganjaran Peti Bertuah Standard untuk Peti Tahap 13+
| 1 Bintang | 2 Bintang | 3 Bintang | 4 Bintang | |
|---|---|---|---|---|
| Emas | 50.00% | 40.00% | 30.00% | |
| Kad Biasa | 25.89% | 20.91% | 19.50% | 27.86% |
| Kad Jarang | 24.11% | 19.47% | 18.16% | 25.94% |
| Kad Epik | 19.62% | 18.29% | 26.13% | |
| Kad Legenda | 10.83% | 15.47% | ||
| Kad Juara | 3.23% | 4.61% |
Kotak
Kotak Evolusi boleh diperoleh melalui acara atau dengan mencapai pencapaian Tahap Pengumpulan tertentu!
Kotak Evolusi
Setiap Kotak Evolusi mengandungi 1, 2 atau 6 Syard Evolusi bagi evolusi rawak. Ketahui lebih lanjut mengenai syard evolusi di sini.
Pengetahuan Berguna
Peluang ganjaran Peti Bertuah tertakluk kepada perubahan dan kuantiti ganjaran bergantung pada Tahap Peti.
Jika anda mendapat evolusi daripada Peti Bertuah, anda akan menerima semua Syard Evolusi bagi kad evolusi rawak yang telah dibuka tapi belum dilengkapkan.