Setiap kisah memerlukan wira! Berikan kad kualiti kewiraan dan keupayaan wira istimewa dengan melengkapkan wira.
Apakah itu Wira?
Seperti evolusi, wira ialah versi khas kad yang boleh dilengkapkan untuk memberikan kad tersebut keupayaan dan kesan baharu. Selepas anda membuka wira dan meletakannya di Slot Wira dalam dek anda, kad itu akan muncul sebagai wira semasa pertempuran.
Nampaknya wira sangat menggemari warna emas, dan ini dapat dilihat dalam penampilan mereka. Menyilaukan... Mempesona... cantik!
Membuka Wira
Untuk membuka wira, anda perlu mendapatkan Syiling Wira! Syiling Wira boleh diperoleh daripada acara tertentu dan trek percuma Pass Royale.
Syiling Wira
Kumpul 200 Syiling Wira untuk buka wira pilihan anda! Anda boleh menyemak jumlah Syiling Wira anda dengan pergi ke tab ‘Bentuk Kad’ dalam Koleksi anda, dan ketik ‘Buka’ untuk memilih wira pilihan anda selepas mengumpul syiling yang mencukupi. Syiling Wira berlebihan yang diterima selepas mencapai had inventori sebanyak 200 akan ditukar kepada 1 permata setiap satu.
Jika anda menerima salinan wira yang telah anda buka (contohnya melalui acara), anda akan memperoleh salinan kad tersebut dan 20 Syiling Wira.
Menggunakan Wira
Untuk mengaktifkan wira yang telah anda buka, letakkan kad di Slot Wira atau Slot Bebas dalam dek anda. Jika tidak, kad itu akan muncul dalam bentuk biasa semasa pertempuran.
Buka Slot Wira di Arena 5, manakala Slot Bebas di Arena 10! Anda juga boleh meletakkan Kad Evolusi atau Kad Juara di Slot Bebas.
Bentuk Wira dalam Pertempuran
Masa untuk menunjukkan semangat kewiraan klasik! Kad yang dimainkan dalam bentuk wira membawa keupayaan wira khas ke medan pertempuran, yang boleh diaktifkan dengan menggunakan eliksir. Gunakan keupayaan wira pada masa yang tepat untuk mengubah arus pertempuran dan memberi kelebihan kepada anda.
Aktifkan keupayaan wira selepas mengerahkan wira dengan mengetik ikonnya di bahagian bawah skrin anda. Ikon ini juga menunjukkan kos eliksir keupayaan wira.
Anda boleh menyesuaikan lokasi butang keupayaan wira itu dalam pertempuran dengan mengetik bahagian ‘Wira’ dalam tab ‘Item Ajaib’ pada dek anda. Dari sini, ketik ‘Cara Bermain’. kemudian ‘Sesuaikan’ untuk memilih sama ada butang ditunjukkan di bahagian bawah kiri, bawah kanan atau kedua-dua sudut bawah skrin anda. Jika mempunyai lebih daripada satu wira di medan pertempuran, keupayaan wira akan ditunjukkan mengikut susunan wira diletakkan dalam dek anda.