Ke arah kejayaan! Bina rantaian kemenangan legenda untuk menaiki tangga dan meraih ganjaran dalam Acara Siri Kemenangan.
Menaiki Anak Tangga
Masa untuk mendaki, Raja! Mula-mula, semak jika Siri Kemenangan sedang berlangsung dengan mencari ikon acara di skrin utama. Ketik ikon untuk melihat skrin acara.
Skrin acara memaparkan tangga yang perlu anda daki dengan memenangi pertempuran, kedudukan semasa anda pada anak tangga, ganjaran yang tersedia, dan baki nyawa anda. Setiap anak tangga menunjukkan jumlah kemenangan diperlukan untuk mencapainya. Anak tangga dengan ganjaran juga merupakan titik semak, yang bermakna anda tidak akan jatuh di bawah anak tangga ini walaupun kalah dalam pertempuran!
Perhatikan baki nyawa anda yang dipaparkan di bahagian atas skrin acara. Jika kehabisan nyawa, kemajuan anda akan hilang dan anda perlu bermula semula dari titik semak terakhir yang dicapai. Nyawa akan diset semula apabila anda mencapai titik semak baharu, atau apabila anda kehabisan nyawa dan kembali ke titik semak sebelumnya.
Atau, anda boleh menggunakan permata untuk set semula nyawa dan tmeneruskan dari anak tangga yang sama tanpa perlu kembali ke titik semak sebelumnya.
Semoga berjaya, dan ingat, kemenangan bukan segalanya… ia SATU-SATUNYA yang penting!
Nyawa ekstra dengan Pass Royale
Tiada siapa hidup selama-lamanya—tetapi mereka yang tingkatkan Pass Royale pasti bertahan lebih lama!
Membeli Pass Royale akan memberikan anda nyawa ekstra yang boleh diisi semua semasa Acara Siri Kemenangan.