September ialah masa untuk kembali ke sekolah, dan tahun ini rajinlah belajar kerana Taktik Gabungan membawa perubahan baharu!
Memperkenalkan Super!
Bukan semua wira memakai jubah, begitu juga dengan Super dalam Taktik Gabungan!
Bermula musim ini, Super akan tersedia sebagai pilihan askar permulaan. Setiap Super berkos 5 eliksir dan bukan sahaja mempunyai keupayaan permulaan kombat yang istimewa, tetapi juga keupayaan 4 bintang yang super istimewa!
Setiap pemain akan diberikan satu Super daripada kumpulan aktif, supaya setiap Super digunakan dalam pertempuran.
Super permulaan diacak semula dalam setiap pusingan, memberikan anda peluang membiasakan diri dengan Super baharu!
Super Penunggang
Memperkenalkan Super Penunggang Khinzir, Super Putera Kejahatan, Super Penunggang Bebiri, dan Super Putera!
Penunggang Khinzir Super:
Permulaan Kombat: Melompat ke hadapan, mencetuskan gempa Bumi yang merosakkan musuh serta memperlahankan kelajuan serangan dan pergerakan mereka.
4 Bintang: Gempa Bumi kekal sepanjang pusingan.
Putera Kejahatan Super:
Perisai menangkis semua kerosakan sehingga pecah.
Permulaan Kombat: Menyerbu musuh terdekat, melakukan kerosakan berganda dan memegunkan musuh sekeliling.
4 Bintang: Kebal terhadap kawalan dan memantulkan kerosakan semasa dilindngi perisai.
Penunggang Bebiri Super:
Serangan memperlahankan kelajuan pergerakan sasaran.
Permulaan Kombat: Menyerbu merentasi arena, memberi kerosakan dan menolak ke belakang musuh di laluannya.
4 Bintang: Jerat memerangkap musuh, melumpuhkan serangan dan pergerakannya.
Putera Super:
Kombat Mula: Menyerbu musuh terdekat, melakukan kerosakan bonus dan menolaknya ke belakang.
4 Bintang: Serbuan menolak sasaran keluar arena.
Ciri Baharu: Penunggang!
Ciri ini sesuai sekali untuk Super baharu kami... Penunggang! Lihat butiran di bawah.
Penunggang (Penunggang Khinzir, Putera, Putera Kejahatan, Penunggang Bebiri)
Jubin disentuh Penunggang dibangkitkan, memberi sekutu di jubin bonus serangan dan kelajuan pergerakan.
- 1 askar: 30%, 30%
- 2 askar: 60%, 60%
- 3 askar: 120%, 120%
- 4 askar: 400%, 400%
Lihat senarai penuh Ciri Taktik Gabungan di sini.
Lebih Banyak Liga!
Jalan Liga telah dilanjutkan, dengan penambahan:
- Perak IV
- Emas IV
- Emas V
Untuk memberi pemain lebih banyak masa untuk menyelesaikan Jalan Liga, musim Taktik Gabungan juga telah dilanjutkan kepada 3 bulan.
Itu sudah pasti cukup masa untuk menyelesaikan liga dan mendapatkan emote eksklusif Taktik Gabungan!
Askar Yang Dikeluarkan
Untuk memberi ruang kepada semua perubahan ini, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa askar.
Mari kita ucapkan selamat tinggal kepada:
- Gergasi Elektro
- Ahli Sihir Elektro
- Ahli Sihir
- Kerangka Naga
- Goblin
- Algojo
- Kesatria Mega
- P.E.K.K.A
- P.E.K.K.A Mini
- Sami
Pelengkapan
Pelengkapan tidak lagi dilengkapi secara automatik apabila pertempuran bermula.