Apabila anda membuat permohonan, kami akan memberikan salinan data peribadi yang kami kumpulkan tentang anda dalam format elektronik.
Prosesnya ialah:
Akaun yang anda ingin dapatkan data peribadinya mestilah dipautkan ke Supercell ID.
Kami akan sentiasa melakukan semakan keselamatan pada akaun tersebut bagi memastikan data peribadi tidak dihantar kepada orang yang salah.
Selepas itu, kami akan menghantar data tersebut ke alamat e-mel yang dikaitkan dengan Supercell ID ini.
Kami hanya boleh menghantar data tersebut ke alamat e-mel yang dikaitkan dengan Supercell ID bagi akaun permainan anda. Kami mengesyorkan anda agar menggunakan komputer untuk melihat data peribadi yang kami hantar kepada anda.
Anda mempunyai masa dua minggu untuk memuat turun data anda daripada e-mel yang kami hantar kepada anda. Selepas itu, pautan tersebut akan tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi.
Jika anda meminta lagi salinan data selepas ini, kami akan mengenakan sedikit bayaran berdasarkan kos pentadbiran.
Untuk memohon salinan data peribadi anda, sila gunakan borang hubungan ini.
Dasar Privasi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut tentang cara kami mengumpul data, sila rujuk Dasar Privasi kami (dalam Bahasa Inggeris) untuk mengetahui lebih lanjut.